Sunday, February 17, 2013

Anwar dah Ada 4 Jeneral



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergandingan dengan barisan Jeneral bersara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyampaikan ceramahnya di Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa, jam 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Ceramah perdana pada malam itu menariknya akan menampilkan barisan Jeneral terdiri daripada Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Aku berkesempatan menghadiri ceramah itu di sebuah Taman Rekreasi yang luasnya seperti padang bola. Apabila sampai saja dilihat penuh dengan manusia. Jadi untuk mendapatkan sudut yang baik, terpaksalah aku menyelinap masuk dicelah-celah manusia yang ramai itu, Sesudah dapat tempat yang duduk yang selesa aku layan dulu sebungkus nasi lemak dengan air kosong.

Tempat yang baik itu cuma berlataikan rumput dan batu kerikil sahaja. Tidak lama kemudian dihulurkan pula oleh petugas uncang derma. Tidak ada istimewanya jika dibandingkan dengan ceramah yang dianjurkan oleh United Malay Nation Organisation (UMNO) dan seangkatan dengannya yang sudah sahih disediakan kerusi, nasi bungkus dan paling utama duit poket sebagai ‘elaun’ kehadiran. Itu cerita melalui pengalaman yang aku kutip.

Ceramah sudah bermula dengan penerangan yang panjang lebar dari Tuan Pengerusi Majlis. Sebenarnya aku hendak dengar sendiri apa yang hendak diperkatakan oleh para Jeneral-Jeneral itu. Kesemuanya sudah separuh abad, uban dikepala tidak dapat disorok lagi. Apa yang terbuku di hati mereka?. Sesudah berpencen bukankah lebih elok melayan isteri yang seorang itu, anak, menantu atau cucu? Ataupun sekali sekala pergi melancong di dalam Negara yang tidak kurang menariknya?.

Sampai masanya seorang demi seorang Jeneral ini berceramah. Lebih kurang beginilah apa yang aku ingat…

“Saya dilabel sebagai Pengkhanat Negara!, Gambar saya digantung di sana-sini.
Itu semua berkaitan kes Enjin Jet TUDM yang hilang, saya “dipaksa” bertanggungjawab. Dan kini saya bersama PR, nak label apapun label lah, saya berdiri disini… dihadapan tuan2 kerana saya tidak takut, tidak gentar dengan apa yang saya hadapi” Katanya.
Abdul Hadi


Jika tuan2 nak tahu bagaimana Enjin Jet boleh hilang?
UNDI PAKATAN RAKYAT!
Jika tuan2 nak tahu siapa bunuh Atlantuya?
UNDI PAKATAN RAKRAT!
Jika tuan2 nak tahu macamana boleh kontrek ATM diberi tanpa tender?
Undi siapa? Beliau bertanya,
UNDI PAKATAN RAKYAT! Jerit yang hadir.

Kita tidak mahu negara kita hancur oleh tangan-tangan  ghaib, tangan yang rakus.
Kita akan bongkarkan semua ini… apabila kita Berjaya menduduki Putrajaya!” 
Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara)

-------------

“Ingin saya nyatakan disini, saya bersama Pakatan Rakyat (PR) kerana jasa2 perajurit dan bekas perajurit yang nasib mereka tidak dipedulikan. Apatah lagi selepas bersara dari perkhidmatan.  Para tentera ini berdisiplin tinggi tuan2, mereka hanya tahu 3 perkara saja, Sir, King and Country!.   Saya pernah memimpin satu tugas bersama PBB di Namibia dulu. PBB minta kita sediakan satu batalion tentera untuk bertugas di bawah payung PBB, Selama satu tahun para tentera kita ini menjalani latihan” Ujarnya.

Ghafir
“Ketahui tuan2, Pada saat2 akhir, PBB meminta kita sediakan satu lagi Batalion tambahan hanya dalam masa satu minggu sahaja, bayangkan tuan2, saya terpaksa mengerahkan satu pasukan yang ketika itu sedang membuat operasi di Gubir. Saya pun tabik kepada mereka ini… hanya dalam satu minggu saja sudah berada di padang pasir di Namibia. Tidak ada satupun angkatan tentera di dunia ini, sanggup berbuat demikian melainkan tentera kita saja. Bayangkan pengorbanan yang mereka telah curahkan. Tapi setelah bersara… apa yang mereka dapat tuan2? Mereka hidup di bawah paras kemiskinan…”   
Katanya bersemangat, diikuti tepukan gemuruh hadirin.

“Saya berikrar, setelah tidak dipedulikan oleh pentadbiran sekarang, saya akan berjuang dan memastikan nasib mereka terbela apabila PR memerintah kelak.  Marilah kita bersama2 dengan “Pahlawan” (NGO) untuk sama2 berjuang membela nasib mereka yang tertindas ini!”.  - Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat)

--------------

“Saya dituduh Pengkhanat apabila saya bersama PR tuan2. Saya bersama PK kerana saya sudah tidak tahan lagi, tidak sanggup lagi melihat karenah pemerintah hari ini. Penghijrahan saya adalah jihat tuan2, kerana apa? Kerana saya sudah tidak sanggup lagi bersama2 orang yang rakus! Namakan saja apa yang mereka tidak lakukan! Menipu, Merompak, Memfitnah… macam2 sifat Majmumah ada pada mereka”. Ujarnya.

Imran
“Kita bersama PK dituduh pengkhianat Negara! Sedangkan mereka yang merompak berbilion harta Negara, harta rakyat dianggap pejuang” katanya penuh semangat. Hadirin bersorak dan bertepuk tangan agak kuat.

“Saya nak bawak satu cerita… baru2 ini berlaku insiden, dimana seorang Ibu mempunyai 3 anak, jatuh dari bangunan dan meninggal dunia. Ini disebabkan bagunan yang tidak diselenggara dengan betul, lif tidak diselenggara dengan betul, mana perginya peruntukan yang berjuta untuk penyelenggaraan itu? 

Semuanya akan terjawab bila kita Berjaya ke Putrajaya!” 
Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut)

-------------

“Tentu tuan2 tertanya2 kenapa saya ada di sini… inilah kali pertama saya berada dipentas politik, kenapa saya bersama2 dengan PK?, sedangkan saya sudah ada kehidupan yang selesa hari ini tuan2. Dulu semasa berkhimad di dalam KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera), saya mengajar di Masjid di Surau di sekitar sini. Semua orang kenal saya” katanya.

Najmi
(Takde foto lain dah... ini yang terbaik.)

“Saya bersama dengan PK kerana tidak sanggup lagi melihat bagaimana “sistem” yang telah merosakkan pentadbiran Negara. Jika kebakaran bangunan, runtuhan tanah atau bangunan runtuh, itu kerosakan fizikal yang kita nampak. Jika sistem sudah rosak akan punahlah Negara. Sistem ini adalah campurtangan kuasa politik dalam urusan professional pengurusan Negara. Sebab mereka inilah yang bertungkus lumus memajukan Negara. Apabila sistem sudah rosak, maka saya bimbang akan nasib generasi masa kini dan nasib anak cucu kita yang akan datang. Kita mesti pastikan sistem ini tidak rosak, supaya masa depan Negara yang terbela” ujarnya.

“Saya nak bawa satu cerita di hari Jumaat, di mana saya ketika itu berada di sebuah Masjid di dalam Kem Tentera di Kelantan. Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) singgah dalam perjalanan(bukan dalam urusan rasmi) untuk bersolat di situ. Apabila anggota saya yang kebanyakannya  anak murid TGNA, kerana TGNA pernah mengajar disitu semasa belajar di Maahad Muhamadiah. Apabila terlihat saja kelibat TGNA, maka merekapun beri laluan kepada beliau untuk menyampaikan Khutbah Jumaat dan memimpin Solat Jumaat, sebagai menghormati beliau sebagai Tok Guru, sebagai Menteri Besar Kelantan pula. Apa salahkah anak murid menghormati gurunya sendiri? Soalnya. Hadirin bertepuk tangan dengan kuat sekali.

Tidak sedar…meleleh dah air mata aku menaip neh… aduyaiii.
Ok, para pembaca yang dihormati….kita sambung balik…

“Inilah yang dikatakan sistem yang telah rosak! Perkara sekecil inipun laporannya sampai ke pihak atasan. Maka untuk memperbetulkan sistem ini, perlu perjuangan yang telus dan iklas tuan2. Perjuangan itu hanya ada dalam PR!, Maka dengan sebab itulah kita kena pastikan PK mara ke Putrajaya” 
Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

--------------

Acara kemuncak kini giliran Anwar Ibrahim pula…

Anwar
“Tuan2 hari ini saya menukar program saya, selalunya ini adalah tempat terakhir yang saya singgah. Tetapi demi meraikan 4 Jeneral ini, saya hadir disini kerana hendak mendengar apa yang akan diperkatakan mereka dari awal lagi” Kata Anwar.

“Tuan2, hari ini saya tidak takut! Kerana apa, kerana ada 4 Jeneral di belakang saya, Untuk berjuang bersama-sama kita!” katanya diikuti tepukan bergemuruh. 

"Mereka ini orang2 hebat tuan2...Saya pun tabik kepada keempat-empat mereka. Tuan2, sebenarnya saya telah sediakan 4 kerusi untuk mereka ini bertanding di dalam PRU-13, tetapi kesemuanya menolak". Tambah Anwar.

“Satu ketika dulu saya pernah mengunjungi Sheikh Yusof Al-Qodrawi di Doha, beliau diiktiraf sebagai Ketua Ulama Dunia. Hanya Ustaz2 UMNO saja mengatakan beliau itu Khawarij (sesat). Sempat beliau menghadiahkan saya sebuah buku. Dibelakang buku itu ada tulisan Arab, dia tulis apa? dia tulis... Kepada saudara Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia”. Bergemuruh tepukan dari hadirin yang hadir.

“Haa tengok, belum apa2 lagi dia dah umum dah!” Berderai lagi ketawa.

“Dia menasihatkan saya supaya banyakkan bersabar dan jangan berdendam, rela memaafkan. (setelah tahu liku2 yang dialami oleh Anwar) Memang saya tidak berdendam dan memaafkan Dr. Mahadhir... Cuma saya mintak dia diam saja. Ni tuduh kita macam2, dengan lelaki sudah, dengan perempuan pun sudah... Cuma dengan lembu saja yang belum!” Berderai ketawa hadirin. 

"keh... keh... keh... hangpa gelak laaa, yang kena aku! tambahnya.

Antara lain isu yang dikemukakan....
-Isu IPP, yang di beri tender kepada YTL Corporatian
-Isu 250juta- projek lembu-kondo oleh kak Jat
-Isu saham LTAT yang diberi kepada Raja Ropiah (ketua wanita UMNO Selangor)
-Isu permit Teksi yang Permitnya dibolot oleh kroni
-Isu PETRON dan Syarikat arak anak Mahadhir

Kita sudah selalu dengar pidato berapi yang dilontarkan oleh Saudara Anwar dan boleh diikuti malalui YouTube.  


No comments:

Post a Comment