Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria |
Sering membuat kenyataan berbaur politik
Ada juga yang mencadangkan beliau meletak jawatan dan
Turun dalam dunia Politik sebenar...
Sikap PAS lebih teruk daripada kafir: Mufti
Kuala
Lumpur: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan sikap pemimpin PAS
lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan
usaha kerajaan memajukan rakyat.
Katanya,
sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam
sebenar.
Jangan berprasangka buruk
Beliau
berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama
dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa
menyimpan prasangka buruk.
“Jangan
sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh
kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.
“Tindakan
PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat
orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik,” katanya ketika
dihubungi, semalam.
Beliau
mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan
penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.
Sebelum
ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi
hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.
Sambil
menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai
akhlak pemimpin PAS.
“Biarlah
mereka dengan dosa mereka dan orang ramai akan menilai akhlak mereka,” katanya
apabila ditanya sama ada penerima BR1M wajar diumpamakan seperti itu.
Katanya,
pemberian bantuan oleh Kerajaan tanda komitmen memenuhi janji mengembalikan hak
rakyat.
No comments:
Post a Comment