Che Det |
Haaa...Ini baru dikatakan Buku bertemu dengan Ruasnya...
Kita lihat siapa yang kena...
KUALA LUMPUR 15 FEB: Mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menentang Ketua Umum KEADILAN,
Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke 13
(PRU 13).
Cabaran itu dibuat bekas
Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood, hari
ini.
Ia bagi membolehkan rakyat
menjadi hakim untuk memilih siapa pemimpin pilihan mereka.
“Anwar sekian lama menjadi
mangsa fitnah, dan orang yang paling ke depan dalam soal ini adalah Mahathir.
“Ia bermula sejak 1998,
selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan semakin hebat
apabila beliau dilihat bakal menjadi Perdana Menteri,” katanya pada sidang
media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pagi tadi.
Nordin berkata, Mahathir
sepatutnya mencontohi pemimpin negara lain, yang memilih sikap berkecuali
selepas meletak jawatan dan menjadi negarawan.
Namun, katanya, Mahathir gagal
berbuat demikian menyebabkan sebahagian rakyat hilang hormat.
“Takdirnya Mahathir kalah,
tidaklah beliau rasa rendah diri kerana kawasan itu kubu kuat Anwar,” kata
Nordin tetapi tidak menolak jika Mahathir memilih kawasan Parlimennya dahulu, Kubang
Pasu atau lain-lain.
Cikgu “Saya tanya Anwar tiga
hari lalu, dan dia tiada masalah dengan cadangan saya,” jelas bekas Ahli Majlis
Pimpinan Pusat KEADILAN itu lagi.
Kata Nordin, jika Mahathir
gagal menyahut cabaran ini, beliau perlu berhenti membuat kenyataan politik,
terutama serangan peribadi ke atas Anwar.
“Ia juga menunjukkan kenyataan
beliau selama ini tidak bertanggungjawab,” tambahnya.
Sumber:KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment