Thursday, February 21, 2013

Mahasiswa perlu fikir semula tanding PRU




Bukan untuk mengendurkan semangat yang berkobar2 itu.
Ada rasionalnya bakal Calon Mahasiswa berfikir 2x untuk bertanding dalam PRU-13 di Pekan, Menentang Najib Razak yang terkenal jadi pemurah sejak akhir2 ini. 

Sehinggakan ada yang menggelarnya ‘Santa Clause’ watak yang selalu memberi hadiah pada kanak2 di hari perayaan Krismas.

Perlu diingat juga, Dalam politik sebenar banyak cabaran dan dugaannya. Banyak helah dan tipudayanya. Hanya yang tegar saja mampu menempuhnya.

Semoleknya biarlah digenggam dahulu segulung Ijazah.. itu juga yang diimpikan oleh kedua orang tua. Jadi.. Jangan hampakan mereka.

Setelah itu terjunlah dalam bidang politik dan berenanglah sepuasnya....


Mahasiswa perlu fikir semula tanding PRU
Kejadian samseng Umno mengepung pelajar universiti yang berkempen di Pekan, Pahang bukanlah kes terpencil. Sebelum itu, telah banyak kali kejadian yang hampir serupa berlaku dan selagi Umno-BN berkuasa kejadian yang sama mungkin berulang.

Parti pembangkang khususnya PAS telah melalui kejadian seumpama ini sejak sebelum merdeka lagi. Malah dengan pelbagai bentuk dan rupa termasuklah diugut, ditukar tempat kerja dan sebagainya.

Perlu diingatkan bahawa sebaik sahaja anda mengisytiharkan untuk menjadi oposisi kepada kerajaan khususnya Umno-BN, maka bersedialah dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

Oleh sebab itulah, PAS pernah melarang muslimatnya terbabit sebagai calon kerana wujudnya ancaman dan tiada jaminan keselamatan. Dalam hal ini, saya berpendapat, amat wajar mahasiswa menangguh dulu hasratnya untuk menentang Datuk Seri Najib dalam PRU yang akan datang. Dibimbangi akan berlaku  kejadian yang lebih buruk lagi.

Dalam suasana politik yang tidak matang pada hari ini, adalah lebih elok mahasiswa menumpukan usaha membantu Pakatan Rakyat menumbangkan Umno-BN. Suasana pilihan raya yang matang dan aman hanya bakal diperoleh jika Umno-Bn berjaya ditumbangkan dan kerajaan baru membetulkan kembali segala macam pencabulan demokrasi yang berlaku sebelum ini.
-Harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment