Thursday, February 28, 2013

Manifesto: Beranikah Najib Berdebat??

Sebelum berlangsungnya PU-13 yang kurang 2 bulan lagi, seluruh Rakyat Malaysia amat berharap supaya DS Anwar Ibrahin dan DS Najib Razak dapat mengadakan Debat berkaitan Manifesto kedua belah pihak. Biarlah rakyat yang menilainya. Bukan untuk mencari siapa menang atau kalah, apa yang lebih penting biarlah rakyat dapat menilai siapa yang dapat memacu Malaysia ke arah yang lebih GEMILANG.


 Contohilah sepertimana yang dilakukan di USA dalam pemilihan Presiden Amerika, 
diantara Barrack Obama dan Mitt Romney

CALON Republikan, Mitt Romney (kiri) berucap pada perbahasan kedua presiden 
bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Universiti Hofstra, New York.

Satu Kegagalan!

Jika seorang bapa melihat Laporan Kad Kemajuan anaknya dipenuhi dengan corak yang berwarna merah... apakah tindakan si bapa? Apakah cikgu itu tidak pandai mengajar, anaknya yang tidak cerdik atau bapa yang gagal untuk mendidik anaknya?.  Sebagai bapa yang bertanggungjawab WAJIB untuk berbuat sesuatu, mencari penyelesaian untuk mengubah takdir itu dengan berusaha sesuatu. 

 
 Hadis riwayat Abdullah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya akan muncul sepeninggalku sifat egois (pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri sendiri) dan beberapa perkara yang tidak kamu sukai. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang engkau perintahkan kepada seorang dari kami yang mengalami zaman itu? Beliau menjawab: Laksanakanlah kewajiban kamu dan mohonlah kepada Allah yang menjadi hakmu.
(Shahih Muslim No.3430)


Seperti kata orang lama... Jika belum berkahwin, manalah nak tahu sedapnya! Sesuatu pengajaran itu hadir melalui pengalaman. seperti jugalah dengan apa yang terpapar di bawah ini. Ibarat mengaku kalah sebelum berjuang.


 
 

Manifesto: Najib sekali lagi diajak debat dengan Anwar     
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi diajak bedebat secara berdepan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung manifesto parti masing-masing, dan bukan menghentam sebelah pihak menggunakan media yang dikawal mereka.

Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, debat itu penting bagi masing-masing saling mempersoal dan menjawab setiap keraguan yang ditimbulkan terhadap tawaran masing-masing.

“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.

“Kami juga bersedia, sebagai Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat untuk berdebat dengan wakil daripada BN, (dan bahaskan) setiap isu dan peruntukan (manifesto)," katanya.

Pakatan Rakyat pada 25 Februari lalu telah mengumumkan manifesto mereka antara lain menyasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan, menghapuskan tol serta memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, mereka menawarkan penurunan harga kereta, caruman wanita nasional dan 20 peratus dividen kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Bagaimanapun pimpinan Umno BN menuduh kononnya manifesto itu tidak realistik dan boleh membawa negara kepada muflis.

Seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut, Rafizi Ramli berkata kesemua tawaran Pakatan Rakyat yang dibentang itu telah dibuat kajian menyeluruh oleh pakar ekonomi dan bukan apa janji manis untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Rafizi, setiap program dalam manifesto PR telah dikira anggarannya berdasarkan aliran tunai tahunan.

Beliau berkata, tiga sumber utama kewangan manifesto ini adalah berdasarkan perbelanjaan berhemah, perbelanjaan dengan membanteras rasuah, dan peningkatan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

"PR amalkan 'open book' yang mana menjelaskan setiap aliran tunai yang dibelanjakan dan kita cabar BN dedahkan aliran tunai seperti mana yang dilakukan PR," cabarnya.

No comments:

Post a Comment