Kopi termahal di dunia
KOPI luwak yang hanya boleh didapati di Indonesia
dianggap sebagai kopi paling pelik di dunia. Ia hanya boleh dihasilkan menerusi
najis sejenis musang yang dikenali sebagai luwak oleh masyarakat tempatan.
Secara semula jadi, musang tersebut akan terlebih dulu memakan biji kopi pada
waktu malam sebelum penduduk kampung mengutip najis haiwan itu untuk diproses
menjadi serbuk kopi.
MUSANG luwak yang menghasilkan kopi paling mahal di dunia |
Antara lokasi hangat penghasilan kopi yang mempunyai
nilai komersial AS$700 (RM2,170) sekilogram itu ialah di sekitar Bali,
Sumatera, Jawa dan Sulawesi.
Kopi itu pernah mencetuskan kontroversi apabila ada
segelintir pihak yang mendakwa bahawa ia haram dimakan oleh orang Islam kerana
dihasilkan menerusi proses pencernaan haiwan.
Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 yang
bersidang selama tiga hari mulai 13 Februari 2012 lalu memutuskan bahawa kopi
tersebut harus dimakan.
Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim), biji kopi luwak adalah bersifat najis.
kopi luwak |
“Ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat biji kopi
tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat
tumbuh jika ditanam.
“Biji kopi tersebut juga hendaklah disucikan terlebih
dulu daripada najis,” demikian kenyataan fatwa itu.
Muzakarah juga memutuskan bahawa kopi luwak yang
dihasilkan hendaklah mendapatkan pengiktirafan halal daripada Jakim atau Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
Bagaimanapun musang bukanlah satu-satunya haiwan yang
boleh menghasilkan kopi bermutu tinggi.
Di Thailand, masyarakat setempat menggunakan gajah bagi
mempercepatkan penghasilan biji kopi berbanding musang yang hanya mampu memakan
buah kopi dalam kuantiti terhad.
GAJAH akan diberi makan kira-kira 33kg buah kopi bagi menghasilkan sekilogram biji kopi |
Di Thailand, masyarakat setempat menggunakan gajah bagi
mempercepatkan penghasilan biji kopi berbanding musang yang hanya mampu memakan
buah kopi dalam kuantiti terhad.
Menurut mereka yang pernah menghirup kopi itu, rasa kopi
gajah jauh lebih enak berbanding kopi robusta atau arabika yang bermutu tinggi.
Tetapi untuk merasa kopi itu tidaklah begitu mudah kerana
ia hanya boleh didapat di tempat tertentu sahaja iaitu di beberapa hotel mewah
di Thailand, Maldives dan Abu Dhabi. Harganya pula mencecah sehingga AS$68
(RM211) secawan.
Harga bagi setiap kilogram biji kopi yang siap diproses didagangkan
sebanyak AS$1,100 (RM3,409).
“Apabila gajah memakan biji kopi itu, asid perutnya akan
memecahkan protein yang terkandung di dalam biji kopi. Sebab itulah rasanya
begitu sedap. Kopi itu juga lebih lembut berbanding kopi biasa,” kata pengasas
kopi yang terhasil daripada gajah yang merupakan warga Kanada, Blake Dinkin,
43.
Perut gajah yang besar menjadi bonus dalam menghasilkan
kopi yang berkualiti apabila ia mengambil masa kira-kira 15 hingga 30 jam untuk
memproses biji kopi bersama-sama dengan pisang, tebu dan makanan lain. Justeru
rasa kopi itu turut ditambah dengan aroma buah-buahan.
Antara lokasi penghasilan kopi tersebut di Thailand
termasuklah di kawasan Segitiga Emas Anantar dan Phrao iaitu di utara Thailand.
Jumlah yang dihasilkannya juga terhad apabila hanya 20
ekor gajah yang diberi makan biji kopi untuk memprosesnya. Daripada jumlah
10,000 biji kopi, ia hanya mampu menghasilkan satu kilogram kopi.
“Daripada 33 kilogram (kg) kopi yang diberi makan kepada
gajah, hanya sekilogram kopi Black Ivory yang dihasilkan. Ini adalah kerana
sebahagian daripada kopi telah musnah kerana dikunyah. Hanya biji kopi yang
tidak pecah sahaja yang akan diproses,” kata Dinkin.
DANKIN menunjukkan kopi yang dihasilkan oleh gajah |
Di Taiwan, monyet Formosan Rock turut memainkan
peranannya dalam menghasilkan kopi termahal. Ia berbeza berbanding kopi luwak
dan kopi gajah kerana biji kopi akan diludah oleh monyet selepas dimamah.
“Monyet itu selalunya memilih biji kopi yang nampak ranum
dan berwarna merah menyala untuk di makan. Tetapi ia akan meludahnya kembali kerana
tidak boleh dicerna,” kata seorang pengusaha kopi di Taiwan, Lio Ching Tung.
MONYET Formosan Rock akan meluah kembali biji kopi yang dimakan |
Jelas Ching Tung yang berpengalaman selama 30 tahun dalam
perusahaan itu, kopi muntah monyet itu mempunyai rasa manis dan sedikit rasa
vanila.
Kopi yang mengambil masa dua minggu untuk dihasilkan
iaitu dengan melalui proses pengeringan di bawah matahari dan dibakar itu
dijual pada harga AS$60 (RM186) bagi setiap setengah kilogram.
No comments:
Post a Comment