KUALA
LUMPUR 14 FEB: Pengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman
video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert
Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu
terhadap BN.
Rakaman
itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka
segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang
disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno
BN.
Suntingan
itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are
You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli
menunjukkan rakyat menyebut
‘No’ sebanyak tiga kali.
Paparan
gambar ketika sebutan ‘Yes’
juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna
internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli,
statik dan tidak berubah-ubah.
Mengulas
perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon,
berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan
rakyat.
“Ia
hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua
rakyat sudah tahu apa yang berlaku.
“Video
asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video
yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang
sudah menyaksikan rakaman asal,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau
menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk
meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk
akal.
“Yang
edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno suka
putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu
permainan mereka,” katanya.
Video
asal tanpa sebarang suntingan, KLIK SINI.
[Sumber]
No comments:
Post a Comment