DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN
OLEH MANGSA
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau
kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullullah S.A.W. menjelaskan mengenai
mengumpat seperti sabdanya bermaksud:-
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut
perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya"(HadisRiwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan
itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa
menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan seperti memakan daging
saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan
pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang
tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa
mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang
diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W.
Bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang
yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang
yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia
tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu
direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan
mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.
Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasullullah S.A.W.
"wahai orang beriman dengan lidahnya
tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia
akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis
riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada
hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan pahala. Sabda Rasullullah S.A.W.
Bermaksud
:"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu
kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan
seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa
lagi." (Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)
Lawak Tak
Cerdik Salih Yaacob, Sinar FM kena
tempias
KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya klip video di Youtube
yang menunjukkan aksi lawak Salih Yaacob bersama Nabil Rajalawak yang didakwa
secara sinis mempersendakan janji Pakatan Rakyat telah mengundang ketidakpuasan
para pendengar radio Sinar FM.
Rakaman tersebut adalah sebahagian klip video siri kempen
pihak tertentu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam sirinya bertajuk
"Bangkang Dari Longkang".
Dalam Video tersebut, kedua-dua pelawak itu berlakon
masing-masing membawa watak wakil rakyat dan seorang pembantu yang sedang
berdialog dengan masyarakat.
Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis
mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah
negeri.
Ekoran aksi itu, laman Facebook Sinar FM yang disukai
lebih 130,000 pengguna facebook telah menerima komen-komen negatif .
Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan
juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.
Stesen radio itu juga dijangka turut terkena tempias
apabila ada di kalangan para pendengar kecewa dan mengancam untuk memboikot
radio tersebut.
Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman
rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka
termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.
"Kecewa dengan Sinar FM. Favourite. Tp skrg terpaksa
tukar," komen Abbad Muhammad.
"sbelum ni minat jugak sinar fm ni, dgr lagu retro
best2, lps tengok video dua org tu trus hilang selera kat sinar fm, better
download aje lah lagu retro," komen Ajijen Mohd.
"Sambil memandu ke tempat keja sambil dgr sinar.bila
dh jadi mcm ni rasa baik cr siaran lain lh," komen Zunairi Mohamad.
"salih yaacob, ko dah boleh start carik keje lain aa
kot. takdenye orang nak dengar SINAR FM lagi dah selagi ko masih dok kat
situ," komen Ahmad Zaki Sokhimi.
"Cakap kat SY tu jangan nak kurang ajar
sangat," komen Eyka Farhana.
Malah ada pendengar radio itu turut meminta Saleh Yaakob
dan Nabil meminta maaf secara terbuka.
"Suruh SY dan nabil mintak maaf secara terbuka kalau
tidak kami boikot sinar fm," komen Faizal Goku.
"Saleh.hang kena mintak maap ngan penyokong
pakatan.nak lawak pn agak2 lh der," komen Zunairi Mohamad.
Video tersebut boleh ditonton disini.
No comments:
Post a Comment