Wednesday, February 27, 2013

Petua Untuk Menghilangkan Bau Ketiak Masam




Kekadang sesuatu yang berlaku itu diluar kawalan kita. Walaupun telah mengambil langkah menanganinya. Apapun jangan berhenti usaha, jangan berhenti berharap. Adakala perkara yang dianggap mustahil itu juga yang dapat membantu. Ini maruah beb! Muka comel pun takde maknenye..

Bukanlah niat hendak mengutuk pula, pengalaman (percuma) ini anda akan dapat mengutipnya sendiri jika berjalan dan berselisih dengan Mat Bangla... emmm alahai.. 5 depa pun masih terasa!

Masalah ini ada hubungkaitnya dengan pemakanan. Ramai yang ingat peluh yang jadi punca ketiak jadi berbau. Tapi sebenarnya TAK, peluh tak ada bau. Contohnya peluh kat dahi, mana ada berbau pon. Jadi bau assyem tu datang dari mana?

Kita semua ada dua kalenjar peluh:

1) accrine – berfungsi untuk kawal suhu badan dan keluarkan sisa metabolisma
2) apoccrine – hasilkan peluh mengandungi banyak kandungan lemak dan protein.

Bila peluh kita banyak lemak dan protien, bakteria yang ada kat ketiak kita akan uraikan peluh tu untuk dapat kan protien dan lemak tu sebagai sumber makanan diorang.

Untuk mengelak dari saham jatuh merudum, apa salahnya mencuba!

Pilihan 1:
Ambil limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan 3 kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Amalkan petua ini selama 7 hari.

Pilihan 2:
Jika anda tidak lalu untuk memakan limau kasturi yang masih muda, anda juga boleh memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang. Anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja selama 7 hari.

Pilihan 3:
Colekkan minyak kelapa pada ketiak anda menggunakan jari dan sapukan secara merata di ketiak. Amalkan cara ini sehingga bau busuk dan masam ketiak hilang.

Pilihan 4:
Setiap kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak anda. Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan anda.

Pilihan 5:
Ambil kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua. Rebuskan ia sebaik-baiknya dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal separuh. Sejukkan dan jadikan air minuman.

Pilihan 6:
Ambil 3 ulas cekur sebesar ibu jari, segenggam daun betik dan daun beluntas. Tumbuk lumat dan campurkan dengan air limau nipis dan sedikit garam. Tapis dan ambil air dalam segelas. Minum 3 kali seminggu.

Pilihan 7:
Ambil 5 helai daun sirih dan 5 kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan didihkan dengan 1 ½ gelas air dan ¼ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira ½ gelas. Tapis dan bubuh gula merah secukupnya. Amalkan meminumnya 2 kali dalam seminggu.

Pilihan 8:
Bancuhkan kapur makan bersama air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini pada ketiak anda setiap kali anda ingin keluar dari rumah.

No comments:

Post a Comment