Friday, February 15, 2013

Iklan Yang Menjadi Bualan



Iklan kormesial biasanya dibuat untuk melariskan barangan yang dijual, Penting untuk meresap masuk, melekat, memahat dalam ingatan sesiapa yang melihatnya. Merujuk pada ubat gigi, cara otomatik orang akan sebut ‘Colgate’, Jika mee segera orang akan kata ‘Maggi’. Walaupun ada berpuluh jenama yang lain. Itu peranan iklan.

Setiap kali menjelangnya musim perayaan, pastinya iklan televisyen yang benar-benar menyentuh perasaan penonton akan menjadi tajuk perbualan ramai. Iklan Petronas sering kehadapan dengan idea segar.

Menjelangnya Tahun Baru Cina tahun ini, dua iklan yang menjadi bualan adalah iklan yang bertajuk 'Tau Fu Fah' oleh Petronas dan 'Ka Fan' oleh Bernas. Setiap iklan, ada ceritanya yang tersendiri.



Tau Fu Fah mengisahkan seorang peniaga muda bertemu dengan seorang gadis yang menggemari Tau Fu Fah jualannya. Masa terus berlalu dan akhirnya mereka berkahwin.

Perayaan sering dilihat sebagai satu masa untuk kita memperbaiki diri sekaligus memberikan harapan kepada yang meraikannya. Pada masa tersebut, kita akan menoleh semula menilai apa yang telah kita lalui dan kemudiannya memandang terus ke hadapan untuk menjadi yang lebih baik. Semuanya bermula pada satu pertemuan di sebuah gerai menjual Tau Fu Fah.




Iklan Ka Fan oleh Bernas menekankan tanpa mengira saiz sesebuah keluarga, bagaimana pentingnya untuk mereka berkongsi masa bersama dan menjadikannya kenangan yang paling berharga.

Iklan ini menekankan betapa pentingnya menghabiskan masa bersama keluarga walau sesibuk manapun kita, bukan semata-mata untuk meraikan perayaan sahaja.

Tentu sekali setelah menonton iklan tersebut akan membuatkan anda terfikir apakah sebab sebenar di sebalik seorang ibu yang beria-ria mahu menambahkan nasi dalam pinggan kita setiap kali kita menikmati hidangan....

No comments:

Post a Comment