Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM
BANGI:
Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
(ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor.
Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan
dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah
dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.
Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program
bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi
telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak
penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh
beliau.
Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan
pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program
pada jam 4.30 petang.
Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM
cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka
gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara
aman itu.
Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut
adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa
keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di
sekitar dewan tersebut.
Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz
mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan
secara sembunyi.
“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan
hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut
untuk bersemuka dengan kami.
“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah
pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang
itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal
Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.
No comments:
Post a Comment