3 cawan kopi sehari |
Haa.. ini berita baik bagi penggemar kopi..
Kajian mengatakan boleh panjangkan umur
Tapi tidak bagus jika diambil secara berlebihan...
Cukup dengan sederhana sahaja...
Kopi panjangkan umur
setahun
Sekumpulan
saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun
umur manusia.
Kajian
dilakukan ke atas 500,000 warga emas
mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi
dalam sehari.
Saintis
Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari
penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari
dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus.
“Tetapi
sekiranya individu mengambil lebih daripada dua atau tiga cawan, ia tidak
memberi manfaat malah dianggap tidak sihat kerana kandungan kafein boleh
memberi risiko kepada masalah jantung, strok, kencing manis dan
Parkinson," katanya.
Menurutnya,
hipotesis kajian dari individu berusia
50 dan 71 itu telah dilakukan sejak 12 tahun lalu dan menunjukkan bukti
kukuh.
“Tabiat
minum kopi dikaitkan dengan tingkah laku yang mampu menghindari seseorang
daripada mengambil minuman beralkohol, karbonat ataupun memakan daging
berkalori tinggi," katanya.
Beliau
berkata, kopi boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.
“Sebatian
berbeza dalam kopi adalah penting, iaitu pengambilan tanpa gula adalah yang
terbaik,” katanya.
Dr
Freedman berkata, pengambilan kopi dalam kadar sederhana tidak memudaratkan
kesihatan malahan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan meskipun
pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan.
"Kajian
menunjukkan kesan pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko diabetes iaitu dua
kali adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum
kopi," katanya.
Menurutnya
lagi, kajian membuktikan selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh
mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati.
"Kopi
juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti
fizikal seperti mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam akan lebih
segar setelah meminum kopi," katanya. - Jurnal Penyelidikan Kafein.
No comments:
Post a Comment