Friday, February 15, 2013

Ini Dia Orangnya Yang Tunjuk Isyarat Lucah Pada Raja Permaisuri Agong



BALIK PULAU: Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda lapan ribu ringgit ke atas seorang pemuda, Leong Pei Koe, 29. Dia didapati bersalah melakukan perbuatan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan kepada anggota Polis.

Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan. Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwaraya, 
Datuk Suhaimi Ibrahim dan Charanjit Singh. 
Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, tertuduh mengaku bersalah dan memohon maaf kepada Raja Permaisuri Agong, keluarga diraja, Polis dan seluruh rakyat Malaysia. Kejadian berlaku pada tengahari Isnin, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Sebelum itu, Leong Pei Koe  telah dinasihati pengawal pengiring yang memaklumkan kepadanya bahawa dia boleh dikenakan tindakan kerana berbuat demikian. Bagaimanapun tertuduh berdegil dan mengulangi perbuatan dengan menunjukkan isyarat lucah beberapa kali ke arah kenderaan diraja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan. 


Leong Pei Koe

No comments:

Post a Comment