Apakah Bala ini akan ditimba 'bala' seperti En. Nick
Xenophon?
Sama-masa kita tunggu khabar beritanya..
Maka akan gegak gempitalah jika Bala bersama Saudagar
Permaidani itu
Pusing satu Malaya seperti Santa menabur hadiahnya...
---------------------
PI Bala pulang semula menetap di M'sia Ahad ini
Bekas
penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang menjadi masyhur kerana membuat
dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita
Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad
ini.
Dalam
berkomunikasi melalui emel dengan Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau
juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam
pilihan raya umum akan datang.
"Ianya
rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan
berkekalan.
"Terdapat
keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya
berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam
pilihan raya umum ini," katanya.
Ini
juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata orang ramai
akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad.
Americk
berkata beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas
penyiasat persendirian itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen.
'Saya
tidak melakukan apa-apa yang salah'
Balasubramaniam,
yang selama ini tinggal di India, telah beberapa kali pulang ke Malaysia secara
senyap-senyap.
Semasa
berada di tanahair pada bulan Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan
Malaysiakini di mana beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk
merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Ditanya
sama ada beliau merasa takut berada di khalayak ramai apabila dia kembali di
Malaysia nanti, Balasubramaniam menjawab tidak.
"Mengapa
mereka harus tangkap saya? Apa salah saya? Saya bersama Malaysiakini bila balik
dulu dan dapat kembali semula (ke India). Mereka tidak halang saya. –malaysiakini.
No comments:
Post a Comment