MIC
pula mahu tinggal BN?
KUALA LUMPUR: Umno BN dilihat semakin parah dalam
menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) apabila semakin banyak parti-parti
komponennya hilang kepercayaan terhadap parti itu.
Vell Paari |
Sebelum ini Gerakan dan SUPP dilihat menyatakan hasrat
ingin keluar daripada BN dan terbaru, Pengarah Strategi MIC Vell Paari pula
didakwa membayangkan akan mendesak MIC untuk bertanding atas tiket sendiri,
bukan lagi atas tiket BN.
Tindakan Vell Paari itu dipercayai dibuat apabila Dr.
Ridhuan Tee dan Datuk Ibrahim Ali dilihat oleh kaum India sebagai rasis dan
sering membangkitkan isu perkauman di negara ini.
Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, ketidakpercayaan MIC itu dilihat amat
mengejutkan apatah lagi MIC merupakan parti tunjang kaum India di Malaysia ini,
malah sekutu kuat Umno dalam Barisan Nasional.
"Ini membuktikan bahawa Umno BN sudah tidak mampu
lagi menjaga keharmonian kaum di Malaysia. Semakin hari semakin ramai rakyat
yang bukan Melayu merasa tertindas dengan tindakan pemimpin-pemimpin pro Umno
yang dilihat bersikap rasis.
Ibrahim |
Vell Paari dalam satu surat terbuka kepada presiden MIC baru-baru
ini menggesa agar parti itu mendesak kabinet mengambil tindakan ke atas Ridhuan
Tee dan Ibrahim kerana menghina agama Hindu.
Beliau yang juga anak kepada Datuk Seri S Samy Vellu itu
berkata, jika tiada sebarang tindakan diambil, beliau akan meminta golongan
India mengundi menentang BN dan rela dipecat dari parti itu.
Ridhuan Tee |
hakikatnya rakyat kini sudah
muak dengan mereka.
Lebih parah lagi katanya apabila kajian Merdeka Center
baru-baru ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina semakin menolak kerajaan
Barisan Nasional.
Tambah Kamaruzaman lagi, tindakan Najib dalam meraih undi
masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina yang lalu juga dilihat tidak memberikan
kesan.
"Harapan terarah kepada masyarakat India. Namun
kini, MIC yang memperjuangkan masyarakat India di Malaysia dilihat turut sama
menolak Umno BN. Najib dilihat seolah-olah burung kepatahan sayap apabila
masyarakat Cina dan India mula menolak parti yang diterajuinya," katanya
lagi.
No comments:
Post a Comment