Baru lima hari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
mengumumkan bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak di Pekan, mahasiswa yang mengedar risalah sudah pun diganggu
samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari tadi.
Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) itu dibelasah
empat samseng Umno selepas mengedar risalah ‘Harapan Malaysia’ di Kampung Datuk
Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.
Kata Ehsan“Selepas edar risalah, saya dan Fatih Abdul
Aziz dan Alif Hafiz masuk ke kereta untuk ke lokasi lain. Tiba-tiba datang tiga
lelaki tempatan merampas kunci kereta kami.
“Kemudian, datang tiga orang lagi yang mengaku ahli Umno,
memaki kami. Mereka tarik saya keluar dari kereta hingga terjatuh. Mereka
serta-merta menendang kepala dan badan yang terbaring di tanah.
“Saya cedera di beberapa bahagian di badan, antaranya
siku saya berdarah dan bahagian leher baju koyak,” kata bekas Timbalan Presiden
Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) itu ketika dihubungi Keadilan Daily dari sini,
hari ini.
Mengulas lanjut, Ekhsan berkata, kereta yang dinaiki
mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang ahli PAS yang
menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan.
“Saya hairan, kalau Datuk Seri Najib Razak betul-betul
kuat di Pekan, kenapa hantar samseng untuk pukul kami? Kami datang bawa hujah
dan idea. Mereka patut lawan dengan cara sama,” katanya.
Ketika ini, mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk
membuat laporan.
Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) sebelum ini membuat
pengumuman untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Najib Razak pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi penolakan mahasiswa terhadap
Umno BN.
Sumber:KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment