Soal kahwin bukan perkara main-main. Ada insan senang
jodohnya dan berkahwin tanpa halangan. Ada pula yang liat jodohnya berusaha
cari pasangan tidak ke temui yang sesuai. Ada juga sudah jumpa pasangan, ibu
bapa pula tidak merestui atas pelbagai alasan, lantas niat ke jinjang pelamin
musnah.
Tidak kurang sebilangannya nekad melarikan diri bersama
kekasih berkahwin di luar daerah atau sengaja merajuk keluar rumah sebagai tanda
protes. Alam percintaan semuanya indah belaka sanggup buat apa saja untuk
kekasih sehingga ada sanggup menderhaka kepada ibu bapa. Apa saja nasihat ibu
bapa, rakan atau sanak saudara
langsung tidak diendahkan.
Walaupun tidak elok rupa paras tetapi jika berakhlak dan
beragama lebih baik. Apabila menolak calon pilihan hati anak dengan alasan
tidak sama darjat, tidak elok pekerjaannya, gaji rendah, tidak cantik atau
berkereta kecil, itu adalah menolak dari segi emosi.
Remaja melarikan diri kerana bahang cinta ini juga antara
kejadian lazim mewarnai kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Statistik Polis
Diraja Malaysia (PDRM), mendapati bahana cinta punca kes kedua tertinggi remaja
lari daripada rumah. Sebagai contoh, perangkaan pada 2010 memperlihatkan
sebanyak 1,309 kes lari daripada rumah direkodkan kerana mengikut kekasih.
Apa juga ceritanya, perkara penting isu perkahwinan
sewajarnya dijadikan matlamat utama kepada semua pasangan sebelum memasuki
gerbang perkahwinan. Untuk mendapatkan keberkatan restu daripada ibu bapa aspek
yang tidak seharusnya dipandang remeh.
Asas pilih menantu
Sebagai anak perlu mendapatkan pandangan dan nasihat
daripada ibu bapa mengenai calon suami atau isteri mereka sebelum menemukan
pasangan mereka.
Anak dan ibu bapa seharusnya mempunyai sifat toleransi
dan saling memahami kehendak serta cita rasa masing-masing sebelum termetrai
ikatan perkahwinan.
Jika, calon pilihannya ditolak, anak perlu akur dan
mengambil manfaat daripadanya bukannya membelakangkan mereka kerana ada sebab
Allah melarang berbuat begitu bagi mengelak musibah atau implikasi besar, pada
masa depan.
Mengikut hukum syarak apabila mencari jodoh. 4 perkara
asas ialah melihat kepada keturunan, harta, rupa paras dan paling penting
agama.
Walaupun tidak elok rupa paras tetapi jika berakhlak dan
beragama lebih baik. Apabila menolak calon pilihan hati anak dengan alasan
tidak sama darjat, tidak elok pekerjaannya, gaji rendah, tidak cantik atau
berkereta kecil, itu adalah menolak dari segi emosi.
Bagi anak pula, menawan hati ibu bapa juga perlu bagi
memastikan calon suami atau isteri diterima semua pihak. Malah, bakal menantu
pula, jika terpaksa berlakon sekali pun, berlakonlah, asalkan dapat bersama
pilihan dan cinta hati kekal hidup sepanjang hayat.
Bagaimanapun, berlakon bukan bermaksud palsu atau tidak menjadi
diri sendiri malah ia tidak pun salah apabila keadaan terpaksa. Lama kelamaan
lakonan itu akan menjadi satu budaya.
Bertolak ansur
Beliau berkata, ibu bapa juga perlu faham situasi anak
yang sedang hangat bercinta dan perlu ada toleransi demi kebahagiaan mereka.
Ibu bapa juga tidak seharusnya cepat sangat membuat
keputusan apabila ada perkara tidak berkenan di mata mereka, sebaliknya perlu
kenali lebih mendalam bakal menantu demi mencapai situasi menang-menang antara
mereka dan anak.
Mungkin ciri-ciri tertentu yang baik dan boleh diterima
serta lebih baik bertolak ansur demi kebahagiaan supaya mendapat restu
kedua-dua orang tua.
Dalam kes tertentu, jika ada ibu bapa masih berdegil dan
tidak merestui perkahwinan seperti enggan menjadi wali, sebenarnya ada
peruntukan undang-undang, iaitu anak boleh mendapatkan permohonan daripada
mahkamah syariah untuk mendapatkan wali hakim.
Bapa yang tidak mahu mewalikan pernikahan itu, mereka
akan dipanggil bagi mendapatkan penjelasan sebelum alasan munasabah itu
diterima pakai dan menggunakan kuasa mahkamah untuk mengizinkan pengantin
menggunakan wali hakim.
Dalam apa saja situasinya, semua pihak mahukan perjalanan
menuju ke gerbang perkahwinan berjalan lancar dan tidak wujud pelbagai masalah.
Oleh itu, mereka perlu mencari jalan penyelesaian terbaik demi mencipta
perkahwinan yang terindah.
INFO: Panduan memilih pasangan
- Keturunan
- Harta
- Rupa paras
- Agama
Cara terbaik perlu dilakukan
Apa ibu bapa perlu lakukan
- Kenali calon menantu terlebih dulu sebelum menilai secara luaran
- Berbincang sekiranya calon yang dibawa tidak berkenan di hati
- Bertolak ansur dan toleransi dengan anak
- Terima seadanya tanpa menjatuhkan hukum syarak sebaliknya terlalu mengikut emosi
- Anggaplah menantu seperti anak sendiri yang memerlukan didikan dan bimbingan.
- Apabila menunjukkan akhlak yang baik dalam keluarga, secara tidak langsung ia turut memberi contoh kepada anak dan menantu supaya berakhlak baik
Apa anak perlu lakukan
- Berbincang dengan kedua ibu bapa
- Membawa pulang berjumpa keluarga dan berkenal-kenalan
- Bercerita mengenai perkara yang baik mengenai calon isteri atau suami
- Memilih calon pasangan berlandaskan Islam
Apa menantu perlu lakukan - lelaki atau perempuan
- Perlu mengetahui latar belakang keluarga pasangan terlebih dulu sebelum mula melangkah masuk ke rumah, terutama pertama kali bertemu
- Berpakaian sopan dan menutup aurat
- Ringan tulang
- Berbudi bahasa dan bijak mengambil hati
- Sering bertanya khabar bagi mewujudkan keserasian antara bakal mentua dan menantu.
No comments:
Post a Comment