Maaf la Cik Gu, saya dah pencen dah...
Takut la jugak, mana nak tau kita kata cempedak,
takut-takut jadi nangka la pulak.
Kah...kah...kah...
Selalunya di laman-laman sosial mesti terjumpa kata-kata
ini kan... Jadi? I Follow...
PERINGATAN: Admin tidak bertanggungjawab terhadap
komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi
pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun
sendiri.
Mantan
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melayan cabaran supaya beliau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang menentang bekas timbalannya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
"Saya
dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat
untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi
perdana menteri," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis
makan malam, malam tadi.
Semalam,
bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood
mencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah
lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.
Nordin
dilaporkan berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah
bersara daripada politik.
Pertandingan
dua tokoh politik itu juga, tegas Nordin, dapat menguji kekuatan dan populariti
Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.
Menurut
Mahathir, kempennya sekarang adalah untuk menghargai jasa-jasa mereka yang
membantunya sewaktu beliau aktif berpolitik sehingga membolehkannya menjadi
perdana menteri.
"Ini
balas budilah..sekarang ini orang tak banyak dah balas budi tapi saya masih
hargai balas budi.
"Dulu
mereka sokong saya, saya naik sampai ke langit. "La ni (sekarang) saya
turun dari langit sokong merekalah," kata Mahathir bersahaja dan
berseloroh.
Sumber:
Malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment