KENANGAN HITAM. Pertunangan Fizz dan Azlyn hanya berlangsung untuk tempoh seminggu. |
NAMA pelakon Fizz Fairuz
tidak dapat lari daripada dilanda kontroversi. Selepas isu putus cinta dan
lamaran ditolak oleh bekas kekasihnya yang juga pelakon Almy Nadia, terbaharu,
Fizz mengejutkan industri hiburan dengan isu putus tunang pula.
Fizz yang telah
bertunang senyap-senyap dengan wanita bernama Azlyn Massiela Mohd. Nazar di
Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari lepas telah
memutuskan pertunangan hanya selepas seminggu bertunang.
Semuanya berlaku selepas
Fizz rasa tertipu selepas mengetahui tunangnya itu masih berstatus isteri kedua
kepada seorang usahawan berusia 40-an. Disebabkan kontroversi terbaharu itu,
Almy turut terkena tempiasnya apabila dia dihujani panggilan telefon berhubung
isu putus tunang itu.
Ikuti temu bual Kosmo!
bersama Almy Nadia yang dihubungi semalam.
Kosmo!: Apakah komen
Almy berhubung isu putus tunang Fizz Fairuz?
ALMY NADIA: Berdiam diri
adalah jalan yang terbaik kerana saya sudah tiada ada kaitan dengan Fizz. Saya
minta jasa baik semua memahami keadaan saya. Rasanya dalam dua atau tiga hari
lagi Fizz akan muncul, ketika itu tanyalah apa sahaja kepada dia bukannya saya.
Bagaimanakah anda tahu
dia akan muncul beri kenyataan, adakah kalian masih berhubung?
MEMORI manis ketika Fizz dan Almy bergelar pasangan kekasih. |
Kami tidak berhubung
lagi sejak putus. Disebabkan Fizz telah beri kenyataan pada sebuah akhbar, mahu
tidak mahu dia akan muncul juga untuk membuat penjelasan. Saya yakin dia akan
tampil untuk memberikan penjelasan sewajarnya.
Fizz mendakwa dia
terkena buatan orang. Andai dia ingin kembali kepada Almy semula, adakah anda
bersedia memaafkan dia dan berbaik semula?
Sejak kami putus cinta,
saya tidak pernah jumpa atau berhubung dengan dia lagi. Antara kami sudah tidak
ada apa-apa hubungan istimewa. Saya tidak pernah berdendam, apa yang telah
terjadi saya tinggalkan di belakang. Sekarang saya hanya jalani hidup saya,
begitu juga dengan dia.
Nama Almy pasti akan
diheret sama setiap kali Fizz muncul dengan kontroversi. Boleh komen?
Saya sendiri tidak faham
kenapa semua orang cari saya. Pada hari pertama dia bertunang, media cari saya.
Begitu juga ketika dia putus tunang kerana dia tidak dapat dihubungi dan
menghilangkan diri.
Apakah anda rimas dengan
keadaan itu?
Jujurnya siapa yang
tidak rimas tetapi itu mula-mula dahulu. Sekarang saya sudah boleh menerima
keadaan ini kerana sudah kerja saya sebagai artis. Mahu tidak mahu, saya tetap
kena hadapi juga perkara seperti ini.
ALMY menyarankan Fizz
tampil membuat penjelasan kepada media bagi menamatkan segala spekulasi.
ALMY menyarankan Fizz tampil membuat penjelasan kepada media bagi menamatkan segala spekulasi. |
Mungkinkah anda ada
kata-kata akhir buat Fizz?
Masa dia bertunang
dahulu, ada media hubungi saya, saya ucapkan tahniah kepadanya menerusi media
tersebut. Bagaimanapun, bila dia putus tunang, saya cuma harapkan dia sihat dan
tampil ke hadapan beri penjelasan kerana itu yang terbaik untuk semua orang hentikan
segala speklulasi. Saya juga doakan yang terbaik untuknya dalam menghadapi
ujian ini.
Selepas Fizz, adakah
anda sudah menemui cinta baharu?
Belum lagi kerana saya
sedang fokus dengan kerja dan menguruskan anak angkat. Rasanya dua perkara itu
lebih penting daripada perkara lain.
Apakah perkembangan
terbaharu kerjaya anda?
Saya baru selesai
penggambaran drama 13 episod untuk siaran RTM berjudul Cermin Kasih Amirah.
Selain itu, sekarang saya sedang sibuk membuat perancangan perniagaan berkaitan
dengan makanan. Doakan agar bisnes saya berjalan lancar dan maju.
Sumber:kosmo.com
No comments:
Post a Comment