Sunday, February 17, 2013

Mahasiswa GM 13 akan kembali ke Pekan untuk kempen fasa ke-2



Salute! kepada Mahasiswa yang BERANI. Tidak diupah dan tidak di bayar.
Mereka tahu apa itu ertinya PERJUANGAN!
Dalam perjuangan itu...
Tidak kenal erti penat,
Tidak kenal erti takut,
Tidak kenal erti Kepayahan,
Patah sayap ku tongkat paruh, namun ku daki kudaki jua....

KUALA LUMPUR : Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) akan kembali berkempen di Parlimen Pekan walaupun menerima gangguan dari samseng Umno, kata Pengerusinya, Syis Abdul Kader.

Tanpa menyebut tarikh secara tepat, beliau menyifatkan kepulangan mahasiswa dari Pekan semalam sebagai persediaan untuk mengatur strategi fasa kedua pilihan raya di parlimen berkenaan.

“Umno BN guna politik samseng, jadi kami putuskan untuk kembali ke Lembah Klang dan bincang secara serius strategi hadapi politik tak matang ini” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Menegaskan bertumbuk dan berparang bukan budaya Islam, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya itu, berkata mereka juga membuat penerangan kejadian yang berlaku di Pekan melalui hebahan media internet dan risalah.

“Kami datang dengan politik idea sebagai menghormati kemurnian perlembagaan dan demokrasi parlimen yang mungkin Perdana Menteri terlupa ajar pada anak buahnya di Pekan.

“GM13 komited mendapatkan sokongan rakyat bagi membantu mahasiswa pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (AKSI), Ekhsan Bukhari yang menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu menganggap cabaran sepanjang berada di Pekan, berguna untuk rangka kempen fasa kedua.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah kepada penduduk sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib Razak.

Antaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat.
-Keadilan Daily.com


No comments:

Post a Comment