"No! No! No!" to MCA vice president
Dr. Ng Yen Yen
Setiap
hari di Media arus perdana menunjukkan gambaran sambutan yang meriah dari
rakyat di mana saja PM Hj Najib Razak atau TPM Muhyiddin Yassin mengadakan majlis
turun padang bertemu rakyat. Semakin ligat nampaknya selagi tarikh PRU-13 tidak
diumumkan.
Seperti juga majlis yang dinamakan HIMPUNAN RAKYAT
yang di adakan di Dataran Tesco, Bandar Rincing, Semenyeh, Selangor pada 12 Januari lalu. Berderet-deret bas yang ditugaskan untuk mengangkut
orang ramai yang entah dari mana. Tambahan pula disertai dengan dua trelar
panjang yang memuatkan goodies berisi sekampit beras, gula, tepung dan tidbits.
Maka berkerumunlah mereka berebut goodies sehingga ada yang pengsan.
Tidak
tersalah tafsirlah seperti apa yang dikatakan oleh TGNA berkenaan BR1M yang menimbulkan
kecaman pelbagai pihak yang tidak faham istilah Perumpamaan Melayu dan
mengatakan pemerima BR1M itu seperti haiwan. Keadaan itu boleh juga dikatakan seperti…
dimana ada semut, disitulah ada gula.
Itu adalah
gambaran penerimaan rakyat masakini kepada BN dan kepimpinan Hj Najib Razak. Ada
gula semut mari, Tak ada gula semut lari…
Setelah PM
Najib dimalukan oleh rakyat di Pulau Pinang sempena sambutan TBC lalu, kini
badi itu berjangkit pula kepada Menteri Pelancongan yang merangkap Timbalan
Presiden MCA, Dr. Ng Yen Yen dalam satu ceramah di Melaka. Insiden yang
memalukan itu memberi isyarat kuat bahawasanya rakyat sudah muak dengan BN yang
dilihat tidak membantu di atas desakan himpitan hidup yang semakin hari semakin
meningkat.
Lihat
video ini. Walaupun sepatah haram aku tak faham!
No comments:
Post a Comment