Showing posts with label DipetikDari:EnsaiklopediaPetuaMelayuLama. Show all posts
Showing posts with label DipetikDari:EnsaiklopediaPetuaMelayuLama. Show all posts
Tuesday, June 25, 2013
Pilihan Herba Untuk Ibu Dalam Pantang
Pilihan Herba Untuk Ibu Dalam Pantang
a. Serai - Kandungan citral di dalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah, ia turut membantu anda menurunkan suhu badan.
b. Kurma - Untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, kurma adalah pilihan yang sesuai. Selain itu, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.
c. Lada Hitam - Lada hitam terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah, mengatasi kembung perut dan mengubati sakit serta pening kepala.
d. Bawang Putih - Bawang putih mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protien, serat serta lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan potasium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.
e. Halia - Ia baik untuk mengubati luka luar , merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Rasa dan aroma pedasnya pula dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.
f. Kunyit - Kunyit dapat membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
g. Lengkuas - Lengkuas berkhasiat dalam membantu membersihkan darah, menghalang gangguan perut dan merangsang otot.
Wednesday, June 12, 2013
Petua Mendapatkan Anak Kembar
Petua
Untuk Mendapatkan Anak Kembar
1. Genetik
- Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak
kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana
trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang
dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
2. Umur -
Wanita yang berumur 35 hingga 40an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih
besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan
mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung
untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses
tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
3.
Bilangan Anak - Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak,
lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat
Badan dan Ketinggian - Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat
mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet -
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi
mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
6.
Pengambilan Ubat Kesuburan - Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan
kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi,
sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
7. Selain
berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan
anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti
mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu
si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar
tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar
tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8.
Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat
meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada
yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian
untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi,
kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi
juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama
berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
والله أعلم بالصواب
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1. Kembar
seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan
mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.
2. Kembar
tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang
berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
3.
Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid
memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.
4. Ibu
hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku
keguguran dan kejadian bayi cacat.
5. Bayi
kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan
dan selepas lahir.
6.
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan,
sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri,
tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
7.
Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan
kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal
kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian
ultrasounds.
8. Ibu
yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu
keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
9.
Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko
untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang
boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.
10. Ibu
sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit
semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.
11.
Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai
genetik kelahiran anak kembar.
12. Wanita
hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan
dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat
anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
13.
Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung,
sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.
14.
Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda
cepat berasa penat.
15. Ibu
lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana
bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz
yang lebih kecil.
16. Ibu
kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada
kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.
17.
Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
18. Banyakkan
berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan
pertumbuhan janin lebih cepat.
19.
Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung,
melahirkan dan membesarkan anak kembar.
20.
Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang
berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak
kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.
Untuk
mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin
yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu
lebihkan makan ubi kayu dan daging.
Sunday, June 2, 2013
Petua Untuk Menghalau Semut
Pilihan
1:
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga
cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping
atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
Pilihan
2:
Siat-siat beberapa helai daun sirih, dan taburkan pada kawasan laluan semut
atau tempat semut berkerumun.
Pilihan
3:
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan
semut menghampiri gula.
Pilihan
4: Celup
kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang
dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja, di celah-celah cabinet
dapur dan sebagainya.
Pilihan
5:
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas
kulit bawang tersebut.
Pilihan
6:
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut
atau tempat semut berkerumun.
Pilihan
7:
Masukkan 5 tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa
minit. Gula tersebut tidak dikerumuni semut.
Petua Mengatasi Mual Tekak Semasa Hamil
1.
Sebaiknya pada waktu pagi anda hirup udara yang segar di luar kawasan perumahan
anda dan jadikan aktiviti senaman berjalan kaki sebagai rutin harian anda
sepanjang kehamilan tersebut.
2. Anda
dinasihatkan agar jangan bangun tidur dalam keadaan tergesa-gesa atau terkejut.
Kerana ditakuti sebarang kemungkinan akan berlaku kepada diri anda.
3. Selepas
selesai waktu makan anda seharusnya duduk di dalam kedudukan yang selesa supaya
daya tarikan graviti ini akan mampu membantu anda menyimpan makanan di dalam
perut bagi mengekalkan rasa mual anda ketika hamil.
4. Cuba
elakkan dari bau-bauan yang boleh menyebabkan hidung anda kurang selesa. Sebab
ada sesetegah gologan wanita yang hamil kurang selesa dengan bau badan suami
dan sebagainya.
5.
Sebaiknya anda tidak digalakkan untuk memberus gigi anda selepas makan kerana
ini akan menyebabkan segala apa yang anda makan sebentar tadi akan di muntahkan
dengan segera.
6.
Hindarkan diri anda dari makan makanan yang mengandungi lemak yang berlebihan,
pedas dan berkafein. Tetapi cuba lebihkan makanan dari sumber seperti roti
bakar, biskut kering dan sebagainya .
7. Amalkan
minum minuman sebanyak 10 hingga 12 gelas air suam, jus buah – buahan supaya
badan anda akan sentiasa kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari – hari yang
dilalui.
8.
Banyakkan berehat dari melakukan banyak perkara di dalam atau di luar rumah. Baring
dengan melunjurkan kaki anda ke hadapan dengan pautan kerusi dan sebagainya
bagi mengelakkan kaki anda bengkak kelak.
9.
Sekiranya anda merasakan tekak anda mual, segeralah mengunyah sebarang jenis
biskut kering atau biskut kraker sebelum turun dari katil. Anda boleh meminta
bantuan suami anda untuk mengambil biskut tersebut atau sediakan lebih awal
sebekas biskut kraker supaya berhampiran dengan anda.
10.
Sebelum anda berbaring atas katil untuk tidur malam, kunyahlah terlebih dahulu
snek ringan seperti yogurt, roti, susu, bijirin atau sandwic untuk alas perut.
Biasanya kebanyakkan ibu akan terjaga pada waktu malam untuk mencari makanan.
11.
Lalauilah hari anda dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi
kerap, iaitu setiap 2 atau 3 jam walaupun anda tidak berasa lapar ketika itu.
12.
Minumlah teh halia atau mengambil tablet halia juga mungkin akan dapat membantu
anda dalam mengurangkan masalah mual.
Subscribe to:
Posts (Atom)



