Berakhir Di Samudera
MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)
penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang
disertai pelbagai negara.
Selepas 17 hari kehilangan MH370, akhirnya malam tadi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat berkenaan
berakhir di Lautan Hindi.
Berikut adalah pengumuman yang dibuat beliau di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan wajah dan suara sayu.
“PETANG tadi (semalam), saya diberikan penerangan oleh
wakil daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang memaklumkan bahawa
INMARSAT iaitu syarikat di United Kingdom yang menyediakan data satelit
termasuk di Koridor Selatan dan Utara sudah melakukan kiraan lanjut mengenai
data berkenaan.
Menerusi pelbagai analisis yang belum digunakan dalam
siasatan sebelum ini, pihak itu mendapat petunjuk mengenai laluan penerbangan
MH370.
Berdasarkan analisis terbaru, INMARSAT dan AAIB membuat
kesimpulan bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan itu adalah
lokasi terakhir di tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.
Kronologi Kehilangan MH370
8 MAC
* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239
penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada
6.30 pagi hari yang
sama.
* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di
timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30
pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235,
empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS
Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan
kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370
iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7),
Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2),
Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
9 MAC
* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman
mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan
Austria, menaiki pesawat
MH370.
10 MAC
* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar
kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat
MH370.
* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak
yang ditemui
di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan
sebagai minyak
bagi kapal kargo.
11 MAC
* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu
warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar
Seyed Mohammad Erza, 29.
* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan
kumpulan pengganas
dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.
12 MAC
* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada
sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar
penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370
menaiki pesawat.
* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka
diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki
pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan
Malaysia menaiki
pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.
13 MAC
* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu
mungkin terbang
kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang
dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan
pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan
ketika mengeluarkan imej itu.
14 MAC
* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada
Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk
membantu pencarian.
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan
bagaimana transponder pesawat ditutup.
15 MAC
* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan
kemungkinan pesawat dirampas.
* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan
satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan
dari sempadan Kazakhstan
dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor
selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut
China Selatan ditamatkan.
16 MAC
* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat
berhubung kehilangan pesawat.
* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata
insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi
kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah
juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
17 MAC
* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional
membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
18 MAC
* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit
dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.
19 MAC
* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu
dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
20 MAC
* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib
pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin
ada kaitan dengan pesawat yang hilang.
* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA)
mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500
kilometer barat daya
Perth.
* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu
diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian
daripada MH370.
21 MAC
* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak
berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada
Khamis ada kaitan dengan MH370.
* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa
tidak menemui sebarang
keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.
* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang
tunggal warga Ukraine yang
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga
mengesahkan latar belakang
penumpang berkenaan bersih.
22 MAC
* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370
dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi
sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.
* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek
terapung berukuran
22.5 meter x 13 meter.
* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak
mengesan sebarang objek
dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500
km dari barat daya
Perth.
23 MAC
* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu
yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi
menyelamat Australia.
* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia,
pihak Australia
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu
berhubung MH370.
24 MAC
* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan
lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.
* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir
penerbangan MH370
dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di
selatan Lautan Hindi. - Bernama
Keluarga mangsa tidak dapat menahan sedih |
@Misteri MH370: Doakan yang terbaik buat mereka. Hanya kotak hitam dapat beri jawapan.
No comments:
Post a Comment