Kaherah:
Rakyat Mesir menyambut ketibaan Ramadan dengan tragedi berdarah selepas 51
terbunuh ditembak askar ketika melakukan protes aman penyokong Muhamed Morsi.
Mereka ditembak ketika solat subuh dekat tempat Morsi ditahan pagi semalam.
Dalam
kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun dari rukuk pada
rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik
tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini.
Seorang
saksi kejadian, Mohamed Sultan, 45, berkata serangan tentera Mesir berlaku
secara mengejut menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan diri.
Serangan mengejut
“Pihak
tentera terlebih dahulu melepaskan berpuluh tembakan gas pemedih mata sebelum
menghujani tembakan peluru hidup ke arah orang ramai.
”Saya
sempat memangku kepala salah seorang pemuda yang mati berlumuran darah selepas
dahinya ditembusi peluru hingga mengeluarkan otak.
“Jeritan
mangsa dan bunyi tembakan rifel serta senapang patah kedengaran di mana-mana.
Ada yang cuba membantu mangsa cedera turut maut ditembak,” katanya.
Katanya,
serangan itu turut mengakibatkan ratusan mangsa cedera ditembak di kaki dan
perut.
"Sebaik
serangan berhenti, mangsa yang bergelimpangan maut dan dan cedera segera
diusung ke Masjid Rabiatul Adawiyah,” katanya.
Saksi
lain, Dr Mohamad Bar, 40, menyifatkan serangan itu sebagai kezaliman mutlak dan
pengkhianatan tentera terhadap rakyat Mesir.
Mayat ditemui sujud
Menurutnya,
ada mayat penunjuk perasaan ditemui mati dalam keadaan bersujud malah serangan
ini turut mensasarkan kanak-kanak tidak berdosa.
"Kekejaman
tentera membunuh orang awam menyamai kezaliman tentera Zionis pada rakyat
Palestin. Saya tidak percaya pihak tentera sanggup membunuh kami (rakyat Mesir)
kerana mereka sebelum ini menyokong penuh kami ketika revolusi menumbangkan
presiden Hosni Mubarak pada 2011.
Katanya
penunjuk perasaan yang terselamat dan menyorok di Masjid Mustafa tidak jauh
dari bangunan Pengawal Republik turut ditahan tentera.
“Pembunuhan
beramai-ramai ini adalah tragedi terburuk sejak Morsi digulingkan tentera
Khamis lalu. Sesungguhnya darah mangsa yang mengalir ini akan menjadi laknat
kepada mereka (tentera),” katanya.
Katanya,
jenazah mangsa yang terkorban disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid
Rabiatul Adawiyah manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran.
Sementara
itu tinjauan mendapati beberapa jalan utama menuju ke Dataran Raba'ah Al
Adawiyah, di sini, ditutup oleh beratus anggota tentera menggunakan kenderaan
perisai.
No comments:
Post a Comment