Muhammad Mursi
Isa al-Ayyat, lahir pada 20 Ogos 1951 ialah ahli politik Mesir dan Presiden
Mesir yang kelima dan terkini, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Mesir.
Dari tahun
2000 sehingga 2005, beliau ialah Ahli Parlimen Mesir. Beliau Kemudian menjadi
Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang berpaksikan
kepada Islam, di mana awalnya sangat berkait rapat dengan gerakan Ikhwanul
Muslimin. Gerakan Ikhwanul Muslimin dilihat kembali rancak selepas Revolusi
Mesir 2011 sehingga mencapai kemenangan dalam pilihan raya parlimen Mesir
2011–2012.
Beliau juga
dicalonkan sebagai calon FJP pada pilihan raya presiden Mesir 2012. Morsi
sebelum ini telah mendapat pendidikan Islam secara tulen di selatan California,
Amerika Syarikat.
Bermulanya Era Ikhwanul Muslimin
Selepas
puluhan tahun diharamkan dan ditindas di bawah pemerintahan bekas Presiden
Mesir, Hosni Mubarak yang juga sekutu kuat Amerika Syarikat (AS), akhirnya
parti-parti Islam di Mesir berjaya bangkit dengan membawa perjuangan agama
serta matlamat mewujudkan pemerintahan demokrasi, sesuatu yang tidak pernah
dinikmati rakyat di negara itu.
Kejayaan Dr.
Mohamed Mursi, calon dari Freedom and Justice Party (FJP), parti politik tajaan Ikhwan Muslimin Mesir
yang telah menewaskan pencabarnya yang juga pernah menjadi perdana Menteri
semasa pemerintahan Mubarak iaitu Ahmed Syafiq boleh diibaratkan sebagai suatu
kemenangan yang manis dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah ini.
Mursi telah
Berjaya memenangi 51.73 peratus undi (13 Juta Undi) manakala pencabarnya hanya memperoleh 48.27 undi
sahaja.
Menariknya,
Dr. Mohamed Mursi merupakan Presiden pertama Mesir dalam sejarah negara itu
yang dilantik menerusi proses pilihan raya secara demokrasi. Sebelum ini, Mesir
telah diterajui oleh kerajaan beraja, tentera dan sistem berpresiden yang
diamalkan secara autoritarian penuh.
Sejarah
perjuangan gerakan Ikhwanul Muslimim di Mesir telah menyaksikan ramai
pemimpinnya seperti Hassan al-Banna, Hassan al-Hudaybi, Umar al-Tilmisani dan
ramai lagi dibunuh, dipenjarakan dan diusir ke luar negara. Sementara gerakan
Ikhwan Muslimin pula telah diharamkan.
Hari ini,
dengan kemenangan Dr Muhamed Mursi, gerakan Ikhwan Muslimin tidak lagi
'bermimpi di siang hari' kerana mereka sudah pun menguasai Mesir secara sah.
Kini, sudah tibalah masanya untuk gerakan itu merealisasikan segala idea,
falsafah dan janji mereka kepada seluruh rakyat Mesir. Pelita Ilmu kali ini
cuba mengupas bermulanya era Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Setiausaha
Agung Pertubuhan Islam bagi Hak dan Perubahan, Dr.Yusri Ibrahim berkata,
Presiden Mursi berjanji untuk menolak sama sekali penyebaran ajaran Syiah di
dalam negara Mesir.
Mursi
menyatakan pendirian tersebut dalam pertemuan dengan kumpulan ulamak yang
mewakili pertubuhan tersebut semalam di Istana Presiden. Turut dibincang ialah
hubungan Mesir dengan Iran.
Pertubuhan
Islam ini merupakan gabungan terbesar yang menghimpunkan seluruh ulamak-ulamak
di Mesir termasuk dari aliran Sufi, Salafi dan lain-lain. Ia diketuai oleh
Dr.Ali As-Salus dan timbalannya Dr.Tala'at Afifi, Menteri Wakaf ketika ini.
Kepentingan
Ekonomi Musuh Tergugat
Negara-negara
luar pula khususnya negara haram Israel cukup bimbang jika pintu sempadan Mesir
dikawal oleh bukan kroninya di zaman Mubarak. Ia akan memberi kelebihan
berganda kepada Hamas yang menguasai Ghaza. Begitu juga dengan kebergantungan
ekonomi dan keperluan asasi negara haram ini yang terjalin erat dizaman Mubarak
akan terganggu. Israel mengimport gas asli dari Mesir untuk kegunaan rakyatnya.
Maka tidak hairan pemimpin Tamarud ini sanggup bekerjasama dengan Israel.
Hal yang
terbesar ialah kedudukan Terusan Suez yang merupakan laluan terpenting dunia
duduk di dalam Mesir. Kapal-kapal daripada Barat mahupun Timur yang hendak
berdagang antara satu sama lain mesti melalui Terusan Suez. Jika tidak
menggunakan terusan laluan menjadi terlalu jauh berganda-ganda untuk sampai ke
denstinasi masing-masing. Maka jika kerajaan yang tidak mesra Amerika mahupun
kuasa-kuasa besar lain yang memerintah Mesir maka ialah suatu malapetaka besar
bagi mereka.
Sebab itulah
melalui apa jalan sekalipun Mursi mesti ditumbangkan. Amerika boleh membiayai
sebarang gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tersebut. Pentingnya
Terusan Suez ini dapat dilihat ketika zaman Jamal Abdul Nasir menjadi Presiden
Mesir, ketika beliau berusaha untuk memilik negarakan Terusan Suez, ia telah
mengundang segera tentera-tentera bersekutu dari tiga ke empat buah negara
hendak menyerang Mesir. Inilah hakikat yang penting.
Manakala yang
terakhirnya, jika Mesir aman dan membangun dengan baik, ia menjadi ancaman
kepada negara Barat. Dalam keadaan mereka sedang bergelut dengan kemelut
ekonomi yang parah, tiba-tiba Mesir yang hanya dipisahkan dengan Laut
Mediteranium itu membangun pesat. Kerana semenangnya potensi Mesir besar. Maka
rakyat dalam negara mereka akan menonton kehebatan ini dan tidak mustahil
mereka akan menukar anutan mereka selepas itu.
Teori
Kompirasi
Kemarahan
pembangkang Mursi dan musuh politik Ikhwan Muslimin seakan-akan tiada
kesudahannya di saat dakwaan mereka bahawa 'Ikhwan sedang berusaha untuk
meng"ikhwan"kan negara'. Dakwaan ini yang ditujukan kepada beberapa
kementerian utama seperti Wakaf, Penerangan dan Belia hanya semata-mata
menteri-menteri yang diterajui ini dari Ikhwan Muslimin tidak lagi terhenti di
sini bahkan telah terpalit kepada institusi tertinggi agama iaitu Al-Azhar.
Teori mudah
mereka ialah Ikhwan merancang mendalangi kes keracunan makanan kepada lebih 500
mahasiswa Al-Azhar di kantin asrama mereka. Tujuannya bagi menjatuhkan Syeikh
Al-Azhar dan menggulingkan Rektor Al-Azhar agar dilantik 'orang pilihan Ikhwan'
ke tampuk kuasa Al-Azhar. Terbukti, Rektor Al-Azhar Dr.Usamah El-'Abd
disingkirkan selepas peristiwa ini, menurut teori ciptaan mereka.
Murshi Di
Sabotaj
Kumpulan
pembangkang dan penentang Presiden Mursi masih meneruskan perancangan mereka
bagi menggulingkan pemerintah 'diktator ala-Mubarak' yang diwarisi oleh Mursi
(menurut pandangan mereka) dengan menyeru diadakan demonstrasi di hadapan
Istana Ittahadiyah, istana bagi pejabat Mursi menjalankan tugas harian beliau.
Tidak dapat dipastikan parti atau pertubuhan mana yang akan mengepalai demonstrasi
ini setelah sekian lama kumpulan ini menyepi dari menyerang Istana Ittihadiyah.
Ini kerana kawalan keselamatan dipertingkatkan di sekitar kawasan istana.
Di bawah
Menteri Dalam negeri yang baru, Mohammad Ibrahim maka pasukan polis makin
bertegas kepada sebarang keganasan tambahan yang melibatkan pejabat dan
institusi negara. Mereka yang menghampiri pagar istana, maka polis akan
melepaskan gas pemedih mata. Ia berbeza di zaman menteri sebelum ini, Ahmed
Jamaluddin yang membiarkan sahaja sebarang tindakan ganas dilakukan.
Akhirnya,
polis yang mengawal istana diarah berundur dan bermaharajalela kumpulan samseng
ini sehingga tembok istana dipanjat mereka lalu cuba membakar Masjid Umar bin
Abdul Aziz, sebuah masjid di perkarangan istana seperti insiden yang berlaku
Disember tahun lepas.
Agaknya musuh
politik Mursi telah kekeringan modal. Semua isu yang diciptanya menemui
kegagalan. Bermula isu cuba melaga-lagakan Mursi dengan tentera, hakim, Syeikh
Al-Azhar dan cuba menyalakan api sengketa antara agama Islam-Kristian juga
tidak menampakkan hasil.
Mereka juga
menggunakan sesetengah hakim bagi membatalkan pelantikan Peguam Negara yang
dilantik Mursi, Talaat Abdullah dan melantik kembali Peguam Negara yang
pro-Mubarak, Abdul Majid Mahmoud tetapi juga tidak berhasil. Dunia dapat
melihat bagaimana mahkamah yang membuat keputusan tersebut, ketua hakimnya
ialah bekas Peguam Negara yang dipecat, Mahmoud. Jadi dia melantik dirinya
kembali ke jawatan asal dengan menggunakan hakim.
Akhirnya,
taktik kotor digunakan apabila beberapa hari kemudian, tingkat tiga mahkamah
selatan Kaherah tiba-tiba terbakar. Lebih menghairankan,kebakaran berlaku di
tingkat tersebut dan bilik yang dibakar merupakan tempat simpanan dokumen
siasatan berprofail tinggi bekas-bekas menteri Mubarak dan pendakwaan bagi
kes-kes serang Pejabat Ikhwan.
Kemudian,
dihasut pula kumpulan pemandu-pemandu kereta api supaya mogok. Pergerakan kereta
api lumpuh 2 hari rentetan mogok ini dan hampir ditamatkan hari ini selepas
Menteri Pengangkutan mengadakan perbincangan.
Tidak memadai
lagi, seorang tokoh gergasi politik Mesir, Ahmed Syafiq akan kembali ke Mesir
bagi 'membantu memperkukuhkan kedudukan pembangkang menumbangkan rejim Mursi'.
Syafiq, bekas calon Presiden Mesir yang tewas kini banyak menghabiskan masa di
Abu Dhabi. Dia dilantik di jawatan tinggi dalam negara UAE.
No comments:
Post a Comment