PUTERA William
dan Kate Middleton ketika memperkenalkan anak mereka yang baharu dilahirkan
kepada media kelmarin. Pewaris keempat raja Britain itu diberi nama George
Alexander Louis.
LONDON 25
Julai - Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton
menamakan bayi mereka George Alexander Louis sebagai penghargaan kepada bapa
Ratu Elizabeth II, iaitu Raja George VI.
Raja George VI
memegang takhta dari 1936 hingga beliau meninggal dunia pada 1952.
Bayi diraja
tersebut akan dikenali dengan gelaran Putera George Cambridge berikutan ibu
bapanya yang memegang gelaran Duke dan Duchess of Cambridge. - AFP
No comments:
Post a Comment