Mendahului bantahan ini, sekurang-kurangnya enam kes bakar diri telah dilaporkan, termasuk seorang lelaki yang cuba membakar dirinya di pusat bandar Kaherah. Kes-kes ini diinspirasikan, dan bermula betul-betul selepas sebulan tindakan bakar diri di Tunisia yang membawa kepada Pemberontakan Tunisia 2010–2011.
Enam kejadian
yang dilaporkan tersebut dibuat termasuklah oleh Abdou Abdel-Moneim Jaafar,
Mohammed Farouk Hassan, Mohammed Ashour Sorour, dan Ahmed Hashim al-Sayyed yang
kemudiannya mati akibat kecederaannya.
Sehingga 30
Januari, Al Jazeera melaporkan seramai 150 kematian dalam bantahan ini. The Sun
pula melaporkan yang kematian tersebut terdiri daripada 10 anggota polis, 3
orang yang dibunuh di Rafah akibat dikeroyok.
Sehingga 29
Januari, diketahui seramai 2,000 orang telah cedera. Pada hari ini juga,
seorang pekerja kedutaan Azerbaijan di Mesir telah terbunuh semasa pulang ke rumah
dari kerja di Kaherah; keesokan harinya, Azerbaijan menghantar sebuah pesawat
untuk membawa keluar rakyatnya dan membuka satu siasatan jenayah ke atas
pembunuhan tersebut.
Pengkebumian
bagi mereka yang maut pada "Jumaat Kemarahan" telah dibuat pada 30
Januari. Ratusan orang yang berkabung berkumpul untuk pengkebumian tersebut
menyeru peletakan jawatan Mubarak. Sehingga 1 Februari, bantahan ini telah
mengakibatkan sekurang-kurangnya 125 orang maut, walaupun Human Rights Watch
meyatakan yang Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay
mendakwa seramai 300 orang mungkin telah terbunuh dalam pergolakan ini.
Bilangan yang tidak disahkan ini termasuklah 80 kematian disahkan Human Rights Watch di dua buah hospital Kaherah, 36 di Iskandariah, dan 13 di kota pelabuhan Suez, antara lain; lebih 3,000 orang turut dilaporkan cedera.
Bilangan yang tidak disahkan ini termasuklah 80 kematian disahkan Human Rights Watch di dua buah hospital Kaherah, 36 di Iskandariah, dan 13 di kota pelabuhan Suez, antara lain; lebih 3,000 orang turut dilaporkan cedera.
Atrikal
selanjutnya:
No comments:
Post a Comment