“ADA pihak
yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen
ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang
tersebar, baru-baru ini.
Meskipun
penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan
secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu
menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu. Sehingga
kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada
bertemu media bahkan orang lain sekalipun.
Malah dia juga
gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran
Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. Menurut
Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju
menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan
Ikbal El Sunury.
Qouta Yang Kedua, 0 lagi 2 |
Bagaimanapun,
di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir. Sementara
itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri
keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29. Meskipun dikatakan kahwin lari'di
Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung
secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat.
Malah
jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah. Situasi ini
menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa
tetapi dirancang dengan baik. Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang
boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand,
sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.
Yang No. wahid |
Ashraf dan
isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos
2011. Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Bapa mertuanya,
Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah
reda dengan pernikahan kedua Ashraf.
@Petua cari laki.
1. Cari yang faham agama supaya selamat dunia akhirat.
2. Bertanggungjawab dalam semua hal,
3. Sihat, gaji kecik pun tak per, asal ada motor kapcai sudah
4. Tak hemsem tak per, ala-ala gitu. nanti orang lain bekenan pulak..
5. Dan paling penting... gagah beraksi di ranjang... membuatkan si isterinya senyum memanjang....
No comments:
Post a Comment