Siri Persoalan Seksual Bersama Pakar Sakit Tuan Dr. Ismail Tambi
Alami kecelaruan gender
SAYA berumur 21 tahun dan mengalami masalah berkaitan fungsi jantina. Sejak
akil baligh, saya mempunyai tarikan seksual kepada kaum sejenis. Juga, alat
sulit saya tidak berfungsi apabila melihat wanita yang mengghairahkan. Namun, saya keliru kerana saya bukan pondan atau ‘mak nyah’, sebaliknya
lelaki biasa.
Pada masa sama, saya kerap memikirkan hubungan seksual dengan lelaki
berbadan tegap dan kacak sehingga kadangkala saya melakukan onani untuk
memuaskan nafsu.
Saya bimbang mengenai masa depan saya. Saya juga inginkan kehidupan normal,
mempunyai isteri dan anak. Adakah saya mempunyai masalah hormon jantina? Di
manakah saya boleh mendapatkan bantuan untuk membantu mengembalikan kehidupan
saya?
Jawapan Dr. Ismail Thamby
Masalah ini bergelar kecelaruan gender yang dikaitkan dengan mak nyah yang
menganggap mereka perempuan dalam badan lelaki atau sebaliknya.
Anda juga meminati kaum sejenis dan kesedaran ini lebih terserlah ketika
anda mengalami perubahan akil baligh.
Menurut anda, anda tertarik kepada tubuh fizikal lelaki kacak dan tegap.
Adakah anda hanya tertarik kepada ‘tubuh lelaki’ dan teruja seks kepada
fizikal? Jika ya, mungkin anda mengalami masalah parafilia iaitu perasaan cinta
luar biasa kepada badan lelaki.
Ini jauh bezanya dengan homoseksualiti kerana orientasi seksual anda hanya
kepada lelaki secara seluruh dan tidak kepada perempuan.
Anda sedar, perasaan ini jika diteruskan boleh membuatkan anda tersisih
daripada masyarakat, kaum keluarga dan agama, malah anda juga tidak mahu
perkara itu berlaku.
Menurut kajian, perasaan minat kepada lelaki bukan disebabkan kurang hormon
atau apa-apa berkaitan penyakit. Sebenarnya, masalah ini hanya kecenderungan
atau pilihan minda.
Mengikut pakar psikologi dan psikitris, jika seseorang itu tidak terikat
dengan orientasi seksual dan meminati kaum sejenis, keadaan ini tidak dapat
diubah.
Kajian terbaru mendapati perasaan homoseksual boleh diubah jika itu pilihan
individu yang mahukan ia berubah.
Jangan risau kerana masih ada harapan untuk anda. Memandangkan anda masih
muda, anda perlu tingkatkan keyakinan diri dan bersungguh- sungguh berusaha
mengubah keadaan orientasi seksual anda ke situasi yang anda pilih dan kembali
menjadi lelaki sejati.
Kukuhkan jati diri anda, berdoa dan memohon kepada Tuhan supaya anda
berjaya kembali ke jalan diredai-Nya. Semoga perjuangan hidup anda berjaya.
No comments:
Post a Comment