Sunday, July 7, 2013

Yahudi Hina Islam Dengan Bina kuil di Masjid Al-Aqsa


Ramallah: Seorang menteri Israel semalam mengesahkan rejim itu perlu membina Kuil Kedua di atas sisa keruntuhan Kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Akhbar Israel, Ma’ariv memetik Menteri Perumahan rejim Zionis Uri Ariel dari parti pelampau Habayit Hayehudi sebagai berkata: “Kita sudah membina begitu banyak bangunan, termasuk banyak kuil kecil. Apa yang kita perlukan sekarang bukan kuil yang kelihatan seperti kuil. Kita memerlukan kuil sebenar. Kuil Kedua (Kompleks Masjid Al-Aqsa atau Al Haram al-Sharif),” kata Ariel pada satu persidangan di Shilo, penempatan Yahudi di utara Ramallah di Tebing Barat.

Mengulas usaha Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry menyambung semula rundingan damai antara Israel dan Palestin, dia berkata: “Ada orang berpendapat dua negara untuk dua bangsa akan mewujudkan penyelesaian berkekalan. Tetapi bagi saya ia hanya kisah dongeng. Antara Sungai Jordan dengan Laut Mediterranean hanya ada satu negara - iaitu Israel.” – Agensi.

Sepertimana Allah berfirmah, kaum yang melampaui batas;


 Diperingatkan lagi;
 Diingatkan lagi;

@Sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin...
... Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. ke neraka dan ketika dilihat oleh Malaikat Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: “Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka?” Jawab Malaikat Malik: “Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka.” Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang di dalam neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: “Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami.”

Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka ke sungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk ke syurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: “Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka.”
...baca lanjut disini.



No comments:

Post a Comment