Adly Mansour (tengah) mengangkat sumpah jawatan
sebagai Presiden sementara Mesir di Mahkamah
Perlembagaan Agung di Kaherah, semalam, - AFP
|
KAHERAH
4 Julai - Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir, Adly Mansour mengangkat
sumpah sebagai Presiden sementara negara ini hari ini, selepas tentera
menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi.
''Saya
bersumpah untuk memulihara sistem negara republik dan menghormati Perlembagaan
serta undang-undang, serta menjaga kepentingan rakyat,'' katanya pada majlis
angkat sumpah jawatan di Mahkamah Perlembagaan Agung, di sini.
Majlis
angkat sumpah jawatan tersebut disiarkan secara langsung oleh televisyen,
selepas tentera menggulingkan Mursi, yang memegang jawatan itu selama setahun.
Seorang
pegawai kanan tentera berkata, tentera kini menahan Mursi bagi mengelak
sebarang kejadian tidak diingini. - AFP
Siapakah Adly mansour ini? klik laporan dari AlJazeera
No comments:
Post a Comment