Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia
membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri
Mohammad Nizar yang menang dalam kes saman berhubung isu nombor pendaftaran
kenderaan WWW1.
Peguam
Firtri Asmuni mengesahkan bahawa mahkamah memerintahkan bayaran ganti rugi am
dan teladan selepas Hakim Rosnaini Saub mendapati Utusan memfitnah Mohammad
Nizar dalam kes tersebut.
"Bagaimanapun,
Hakim Rosnaini tidak menganugerahkan ganti rugi teruk,” kata Asmuni ketika
dihubungi.
Ini tweet yang kontroversi itu.. |
Mahkamah
juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM30,000.
Hakim
Rosnaini mendapati wartawan Utusan Malaysia bertindak cuai dan tidak
mempedulikan ketepatan laporannya.
“Defendan
dengan ini tidak berminat mencari kebenaran. sehubungan itu boleh dirumuskan
bahawa penulisan dan penerbitan berita itu telah didorong dengan niat jahat di
pihak defendan.
“Ini
bermakna pembelaan ulasan saksama dan perlindungan bersyarat tidak dapat
dipertahankan oleh pihak defendan.
“Adalah
penting utk mendapat penerangan dan pengesahan Nizar memandangkan laporan
berita itu menyentuh perkasa sensitif dan melibatkan Sultan Johor.
“Tetapi
wartawan Utusan itu tidak menghubungi Nizar utk mengesahkan komen sebenar
beliau paparkan dalam Twitternya. Sebaliknya wartawan Itusan itu tiada masalah
menghubungi Ketua Pemuda Umno Johor.
No Plate lebih MAHAL dari kereta? |
Hakim
itu juga berkata, beliau bersetuju bahawa Nizar boleh dikritik namun ia tidak
memberi hak kepada defendan untuk memutar belit dan memuatkan fakta salah dan
fitnah ke atas plaintif berdasarkan tulisan plaintif di Twitter.
Walaupun
tulisan tersebut adalah berhubung twit Nizar, ia tidak memuatkan keseluruhan
mesej tersebut, katanya lagi.
Beliau
juga mendapati penulis memasukkan perkara yang tidak menggambarkan tulisan
Nizar, katanya.
Bagaimanapun
diversi yang lain Mahkamah tolak saman Nizar terhadap TV3 babit isu tweet WWW1.
Baca sini.
@Kempislah lagi tabung Utusan.. huhu!
No comments:
Post a Comment