Bagaimana bra boleh terlucut dari badan? |
GARA-GARA
tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di
Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat
Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.
Setiausaha
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9,
Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip
gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki
tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.
Menurutnya
juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan
anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut
sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.
“Ketika
serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk
memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut
dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.
“Lelaki yang
berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong
manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu,
adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di
Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.
Ahmad berkata,
ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja
sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.
Katanya,
pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka
adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa
Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.
Pegawai
penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat
dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di
Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh.
No comments:
Post a Comment