Saturday, July 6, 2013

Isu Mesir: KJ Jauh Lebih Matang Dari Najib

Tentera berkawal di Universiti Cairo
Dalam pergolakan yang berlaku di Mesir yang menyaksikan berlakunya rampasan kuasa serta Presiden Dr Morsi digulingkan, hampir seluruh dunia dan umat Islam mengecam kejadian itu. Ia bukan saja menggambarkan sebuah kerajaan Islam yang dipilih secara sah dan demokratik diakhiri dengan cara yang tidak demokratik tetapi juga kerana menampakkan adanya permainan tangan-tangan ghaib di belakang kejadian itu.

Sementara pelbagai pihak di Malaysia menyuarakan bantahan serta kecaman atas kejadian itu sejak semalam lagi, pendirian kerajaan dan Najib tetap ditunggu-tunggu mengenainya. Ramai yang ingin tahu apakah pendirian Najib dalam kejadian itu. Oleh kerana Najib kebetulan sedang mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, Najib hanya bercakap kepada wartawan mengenai insiden di Mesir pada hari ini.

Sementara Anwar, PKR dan PAS secara terbuka dan tegas mengecam rampasan kuasa melalui tentera untuk mengguling Dr Morsi itu sambil mengajak seluruh dunia yang mengamalkan demokrasi turut mengutuk tindakan sebegitu rupa, kenyataan Najib mengenai insiden Mesir agak mengecewakan.

Beliau seolah-olah mengutuk tindakan melakukan perubahan dan menjatuhkan Hosni Mubarak sebelum ini dengan mengatakan perubahan tidak semestinya menjamin kemakmuran sedangkan seluruh dunia mengetahui era 30 tahun Hosni Mubarak penuh dengan segala macam penyelewengan, penindasan serta rompakan wang rakyat. Dalam masa yang sama, Najib seperti gembira dengan penggulingan Dr Morsi dengan berharap kerajaan baru segera dibentuk. Baca lanjut disini.

Lihat kenyataan mereka, yang boleh diterjemahkan datangnya dari hati yang mereka miliki...


Bakal PM Malaysia?


 Apa pula kata mereka...


..dan Encik Obama..


No comments:

Post a Comment