Mengapa
kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah
seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad
Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa
‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.
Berikut tulisan lengkapnya:
Dosa
Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang
makanan. Yang dulu zaman Mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri
sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport
dari Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang
lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai
jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
Dosa
Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang
dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar
pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
Dosa
Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala
harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih
makmur.
Dosa
Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef,
sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
Dosa
Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan
tidak perlu lagi mengimport kereta.
Dosa
Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi
mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
Dosa
Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh
rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan
harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
Dosa
Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir
yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
Dosa
Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an,
selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
Dosa
Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
Dosa
Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa
tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk
melakukan hal itu.
Dosa
Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan
dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.
Dosa
Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai
tenaga alternatif di Mesir.
Dosa
Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan
kepercayaan asing di Mesir.
Dosa
Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja
sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
Dosa
Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang
pengangguran.
Dosa
Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh
Husni Mubarak dan kroni-kroninya.
Dosa
Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi
kecurangan. Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu
persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan
Israel yang menjadi dalang utama. Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi
digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis,
dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah
gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran. Itulah logik yang ada dalam
kehidupan sekarang.
Itulah
“dosa” insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan
Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun
mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.
dipetik dari fb
No comments:
Post a Comment