Tindakan
seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf
di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan
gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.
Difahamkan,
sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit
berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya. Kejadian malang
itu berlaku apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan
intim tetapi ditolak kerana keletihan.
Namun,
tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah
nyenyak tidur. Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak
itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa
seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.
Apabila
tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk
mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.
Bagaimanapun,
pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya
kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital,
katanya.
Wanita itu
dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan
beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ. Wanita berkenaan hanya
mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya,
katanya.
Sumber itu
berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan
polis tidak lama selepas itu.
Menurut sumber
itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk
tindakan susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten
Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai
kejadian itu.
sumber..
No comments:
Post a Comment