Kisah panas di sebalik
penjara Indonesia tercetus lagi apabila seorang model, Vanny Rossyanne
mendedahkan dia sering bertemu kekasihnya di penjara untuk mengadakan hubungan
seks. Vanny memberitahu, setiap kali berkunjung ke penjara Cipinang, Jakarta
Timur, dia dan kekasihnya, Freddy Budiman yang dipenjara atas kesalahan
mengedar dadah, akan melampiaskan nafsu di sebuah bilik 'persendirian' di
penjara itu.
Selain itu, Vanny, 22, turut
mengambil dadah apabila berkunjung ke penjara itu tiga kali seminggu. "Biasanya
saya ke penjara itu pada pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang. Kami akan
mengadakan hubungan seks dan mengambil dadah.
"Terdapat dua buah
bilik di penjara itu yang kami biasa gunakan dan sebuah daripadanya adalah
bilik warden penjara," kata Vanny mendedahkan kisah benar itu kepada
wartawan tempatan baru-baru ini. Dalam pendedahan itu juga, dia merujuk kepada
Thurman Hutapea iaitu warden penjara yang biliknya digunakan oleh Vanny dan
kekasihnya untuk menjalin hubungan asmara.
Pendedahan Vanny juga
membuka cerita bagaimana banduan yang mempunyai wang boleh memiliki 'kuasa'
sekalipun sedang menjalani hukuman, merujuk kepada status Freddy yang dianggap
sebagai banduan kaya dan sangat ditakuti oleh semua orang di penjara itu. Tindakan
wanita itu yang juga model untuk majalah dewasa, mendedahkan kelemahan sistem
di penjara sekali gus menarik perhatian seluruh rakyat Indonesia.
Vanny berkata, sehingga
kini, sudah lebih daripada 10 kali dia berkunjung ke Penjara Cipinang untuk
bertemu buah hatinya dan mengambil dadah di bilik ketua penjara atau ruang yang
ada di sebelahnya.
"Saya yakin itu ruang
Ketua Penjara kerana Freddy sendiri yang memberitahu. Freddy tidak pernah
berbohong dengan saya. Kalau ada orang datang, saya pura-pura bermain telefon
bimbit," katanya.
Vanny juga menegaskan, dia
mempunyai banyak bukti untuk menyokong pendedahannya.
Sementara itu, Menteri
Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin tidak percaya dengan
dakwaan yang dibuat oleh Vanny mengenai kawalan keselamatan yang lemah di
Penjara Cipinang dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan untuk mencari
kebenaran.
No comments:
Post a Comment