FENOMENA BAYI HILANG
Para
pembaca pasti pernah menonton filem alien yang mengisahkan makhluk asing
menggunakan rahim manusia sebagai tempat untuk meletakkan benih dan kandungan
mereka. Sampai masanya, alien itu akan datang mengambil anaknya. Dalam alam
realiti pula, fenomena bayi hilang dari kandungan manusia juga selalu
diperkatakan. Kejadian ini menimbulkan tanda tanya kerana doktor yang melakukan
pemeriksaan mengesahkan kewujudan bayi tersebut dan perkembangan kandungannya
direkodkan. Beberapa kes bayi hilang dalam kandungan pernah dilaporkan dalam
rencana televisyen dan majalah. Persoalannya, ke mana menghilangnya
bayi dalam kandungan? Adakah benar dakwaan bahawa bayi tersebut adalah makhluk
halus yang menumpang rahim manusia?
PENDAPAT PAKAR PERUBATAN
PENDAPAT PAKAR PERUBATAN
Dalam
perubatan alopati, kes ini dikenali sebagai pseudosiesis atau phantom pregnancy.
Ianya berlaku kepada seseorang wanita yang terlalu percaya atau mengharapkan
kehamilan sehingga menyebabkan tubuhnya menghasilkan hormon yang menyebabkan
perubahan-perubahan tertentu pada mental dan fizikal yang menyamai ciri-ciri
wanita hamil. Tidak kurang juga ada pengamal perubatan moden yang skeptikal dan
menganggap cerita kehilangan kandungan itu sebagai karut dan wanita itu sengaja
mengada-adakan cerita kehamilannya. Walau bagaimanapun, anggapan seperti ini
disanggah oleh bukti kewujudan imej fizikal bayi dan denyut jantungnya melalui
pemeriksaan menggunakan mesin imbasan ultra sound sebelum kehilangannya.
Sesetengah ibu ini masih menyimpan imej-imej tersebut sebagai pengubat rindu
terhadap bayi mereka yang telah hilang. Adakah mesin pengimbasan ultra sound
juga tersilap?
SIMPTOM YANG DIALAMI
SIMPTOM YANG DIALAMI
Melalui
pemerhatian terhadap kejadian-kejadian ini, kebanyakan wanita yang mengalami
kehilangan misteri ini mengalami simptom yang hampir sama ketika mengandungkan
anak tersebut. Antaranya ialah mimpi didatangi oleh seseorang (biasanya wanita
tua) yang minta kebenaran untuk mengambil dan memelihara anaknya yang bakal
lahir. Biasanya ianya berlaku ketika kandungan mencapai usia matang. Ada juga
yang mimpi bersalin dan dibidankan oleh orang-orang yang tidak dikenali.
Apabila tersedar dari mimpi, perut wanita tersebut akan menjadi kempis dan ada
darah keluar seolah-olah baru lepas bersalin.
Ada
juga wanita yang bermimpi didatangi seseorang yang memberi amaran bahawa anak
tersebut bukan anak mereka. Mimpi sebegini biasa dialami mereka di awal tempoh
mengandung. Ianya berlaku sekali atau beberapa kali. Selain itu, mereka juga
mengalami alahan yang teruk dan mengidam makanan yang pelik-pelik. Ada juga
wanita yang bermimpi melihat makhluk hodoh atau lembaga hitam yang mengambil
kandungan mereka secara kasar. Biasanya, jika ini yang dialami, bayi tersebut
sama ada akan meninggal dalam kandungan atau wanita tersebut mengalami
keguguran.
PANDANGAN ISLAM
PANDANGAN ISLAM
Untuk
menghurai misteri kehilangan bayi dalam kandungan, sama-sama kita hayati firman
Allah dalam Surah Al-Hajj ayat 5: “...dan Kami pula menetapkan dalam kandungan
rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa
yang ditentukan lahirnya…”.
Justeru,
apabila berdepan dengan kejadian bayi hilang, maka perlu diyakini bahawa semua
itu adalah ketentuan Allah. Dia berkuasa mencipta sesuatu dan memusnahkannya,
mewujudkan sesuatu dan menghilangkannya.
Allah
SWT juga telah mengingatkan manusia tentang dendam iblis kepada Adam dan
keturunannya melalui ayat 16-17 surah Al A’raf: “Iblis berkata: Oleh kerana
Engkau (Wahai Tuhan) telah menyesatkan aku, maka aku akan menghalang anak-anak
Adam dari melalui jalanMu yang benar. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari
hadapan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dari kiri mereka, dan
Engkau tidak akan dapati melainkan hanya sedikit sahaja dari mereka yang
bersyukur.”
Iblis
sudah berjanji akan menganggu dan merosakkan keturunan Adam. Antara cara yang
digunakan ialah memasuki tubuh manusia melalui salur darah. Ia akan menyerang
organ-organ yang mempunyai salur darah yang banyak seperti otak, hati dan tidak
ketinggalan rahim wanita. Ia akan menganggu sistem kitaran haid, menyebabkan
kesakitan dan pendarahan. Imam Abu Daud meriwayatkan hadis dari Hamnah binti
Jahsyi tentang keadaan beliau yang mengalami haid melebihi 15 hari. Rasulullah
SAW bersabda bahawa itu adalah darah istihazah dan ia berpunca dari gangguan
berupa sepak terajang syaitan di dalam rahim.
Berkenaan
kemampuan makhluk jin untuk mengambil bayi dalam kandungan, perkara ini bukan
suatu yang mustahil. Dalam surah An-Naml ayat 38-39, Allah SWT telah menyatakan
kebolehan jin untuk mengambil sesuatu yang ghaib melalui dialog antara Nabi
Sulaiman a.s. dan menteri-menterinya: ”Sulaiman berkata: “Wahai
pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku
singgahsananya (Balqis) sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah
diri memeluk Islam?” Berkata ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya
kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku
amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.
Begitu
juga kemampuan jin untuk menimbulkan kemudaratan kepada manusia termasuk bayi.
Ada yang boleh membunuh dan juga mencacatkan bayi dalam kandungan kerana dendam
atau marah dengan perbuatan manusia yang menyakiti mereka. Ini dapat dilihat
dalam satu peristiwa yang berlaku kepada seorang pemuda di zaman Rasulullah
SAW. Beliau yang baru berkahwin meminta keizinan dari Rasulullah SAW untuk
balik dari medan perang Khandak. Apabila sampai di rumah, isterinya memberitahu
ada seekor ular masuk ke dalam rumahnya. Pemuda ini lantas membunuh ular
tersebut. Dengan tidak semena-mena, pemuda ini menggelupur dan terus meninggal.
Apabila Rasulullah SAW diberitahu kejadian ini, maka Baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya di Madinah ini terdapat jin-jin yang telah memeluk Islam. Maka,
apabila kamu melihat sesuatu daripada mereka (dalam bentuk ular), hendaklah
kamu memberi amaran selama tiga hari. Jika ternyata kepada kamu selepas itu
(bahawa ular yang berada dalam rumah kamu itu sememangnya ular), maka hendaklah
kamu membunuhnya. Sesungguhnya itu adalah syaitan”. Peristiwa di atas
menunjukkan bahawa jin mampu membalas perbuatan manusia yang menyakitinya
dengan mengenakan kesakitan kepada pembuatnya atau zuriatnya. Mungkin inilah
yang dikatakan orang sebagai ’kenan’.
Rasulullah
SAW juga pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
“Bunuhlah Zu-Sufyatain, kerana dia dapat membutakan mata dan menggugurkan
janin.” Menurut Ibnu ‘Abdil Barr, Zu-Sufyatain adalah jenis ular yang mempunyai
dua garis putih di belakangnya dan ia adalah sejenis bangsa jin.
PUNCA
PUNCA
Punca
berlakunya kejadian bayi hilang dalam kandungan secara misteri ini boleh
dibahagikan kepada beberapa sebab.
[1]. Perjanjian dengan makhluk halus
[1]. Perjanjian dengan makhluk halus
Antara
perkara yang menjadi syarat untuk berdamping dengan makhluk jin dan syaitan
ialah menyediakan korban dari haiwan seperti kambing atau ayam atau apa-apa
jamuan. Pengamal-pengamal ilmu khurafat ini yang tidak sedar bahawa perbuatan
ini akan menjerumuskan keturunannya kepada kebinasaan. Setelah beliau
meninggal, tiada siapa tahu bahawa jin yang didampingi itu perlu disediakan
korban. Jin saka ini akan melakukan pelbagai kejahatan dan kerosakan kepada
anak cucu tuannya. Adakalanya ia menjelma menjadi tuannya dan tidur bersama
isteri tuannya. Ada yang menjelma dalam rupa hodoh yang menakutkan anak cucu
tuannya. Tidak kurang juga yang menjelma dalam mimpi dan minta bayi yang
dikandung oleh anak cucu tuannya.
[2]. Amalan khurafat ibu bapa bayi
[2]. Amalan khurafat ibu bapa bayi
Ada
dikalangan ibu atau bapa kepada bayi yang dikandung itu beramal dengan
amalan-amalan khurafat seperti memakai susuk, ilmu syarat tubuh, ilmu pengasih,
ilmu seri muka, ilmu gagah, ilmu kebal, ilmu kuat dan sebagainya. Ilmu-ilmu
sebegini boleh menyebabkan kehadiran jin dan syaitan itu sebagai qarin
berdasarkan firman Allah dalam FirmanNya dalam surah Az Zukhruf ayat 36-37:
”Dan sesiapa yang tidak mempedulikan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh
Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan
menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu qarinnya (temannya yang tidak
renggang daripadanya). ”Apabila sudah menjadi qarin, maka ia akan melakukan
kerosakan kepada manusia yang didampinginya.
[3]. Diurut oleh seseorang yang memakai khadam
[3]. Diurut oleh seseorang yang memakai khadam
Sesetengah
wanita gemar mendapatkan khidmat tukang urut ketika mengandung. Dari aspek
kesihatan, perkara ini tidak salah. Namun, sebelum mendapatkan khidmat urutan,
kita perlu selidiki latar belakang amalan tukang urut tersebut. Ini kerana
terdapat sebilangan tukang urut yang menggunakan bantuan khadam dari kalangan
jin ketika mengurut. Jika ini berlaku, maka jin-jin yang menjadi khadam ini
akan masuk ke tubuh wanita ini melalui liang-liang roma dan meresap ke dalam
saluran darah. Sekiranya kita ketahui tukang urut mempunyai kemahiran mengesan
urat saraf berdasarkan pengalaman beliau, tanpa melibatkan apa pertolongan
makhluk halus, maka itu tidak mengapa.
[4]. Melakukan sesuatu yang menyakiti makhluk tersebut
[4]. Melakukan sesuatu yang menyakiti makhluk tersebut
Orang
tua selalu berpesan kepada anak atau menantu mereka yang sedang mengandung agar
tidak menyakiti haiwan, kerana dibimbangi terkena ’kenan’. Pesan ini ada
benarnya kerana adakalanya jin ini menjelma dalam bentuk haiwan. Apabila ia
disakiti, maka ia akan membalas dendam atas perbuatan manusia itu. Mungkin
kemarahan itu akan dilampiaskan kepada bayi yang dikandung itu. Adakalanya,
keluarga jin tersebut menuntut bela atas kematian ahli keluarganya dengan
menjadikan bayi yang dikandung itu sebagai gantinya.
TERHADAP BAYI
TERHADAP BAYI
Umat
Islam perlu menghindari segala amalan yang boleh menyebabkan kehadiran makhluk
jin dan syaitan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan mengamalkan apa yang
diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Rasulullah
SAW juga ada menunjukkan beberapa panduan. Antaranya ialah:
[1]. Menghapuskan pintu-pintu kedatangan jin dan syaitan
[1]. Menghapuskan pintu-pintu kedatangan jin dan syaitan
Sekiranya
kehilangan bayi berlaku dalam keluarga, maka kita perlu selidik sama ada ianya
mempunyai kaitan dengan amalan khurafat dalam keturunan kita atau ilmu
kebatinan yang kita sendiri amalkan. Sekiranya gangguan dipercayai ada kaitan
dengan keturunan, maka barang-barang yang diwariskan oleh mereka seperti
senjata, barang perhiasan atau barang kemas perlu dimusnahkan. Kebiasannya,
barang-barang itu turut dijaga oleh makhluk tersebut selepas kematian tuannya.
Sekiranya kita beramal dengan ilmu-ilmu khurafat, maka ia perlu dihentikan dan
kita perlu bertaubat. Sekiranya kita ada menyimpan atau memakai tangkal dan
azimat, maka ianya perlu dibakar. Mudah-mudahan jin dan syaitan tidak dapat
memasuki urusan hidup kita.
[2]. Membaca Bismillah pada setiap perbuatan
[2]. Membaca Bismillah pada setiap perbuatan
Allah
menyuruh agar hambaNya mengingatiNya dalam setiap perbuatan. Orang yang
sentiasa ingat Allah akan dijauhi dari gangguan jin dan syaitan. Sekiranya kita
tidak mampu mengingati Allah sepanjang masa, maka memadai dengan mengingatiNya
dengan menyebut Bismillah di awal perbuatan. Bacaan Bismillah yang disertai
dengan sepenuh penghayatan terhadap sifat keagungan dan kesempurnaan Allah
dapat menghalang syaitan dari menyertai kehidupan kita. Rasulullah SAW bersabda
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Dan kuncilah pintu-pintu
kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya
syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu
yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah bekas-bekas air kalian dan
sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama
Allah, walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan
matikanlah lampu-lampu pelita kalian.”
[3]. Memohon Perlindungan Allah dari kejahatan makhluk
[3]. Memohon Perlindungan Allah dari kejahatan makhluk
Allah
SWT sendiri memberi peringatan khas kepada umat Islam agar sentiasa berdoa
memohon perlindungan dari segala kejahatan melalui firmanNya dalam surah
al-Falaq. Rasulullah SAW sendiri mengajar umatnya agar membaca doa ketika
hendak bersetubuh: “Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah
syaitan dari apa yang Engkau akan kurniakan kepada kami (berupa zuriat yang
lahir dari persetubuhan ini)”. Mudah-mudahan dengan berkat doa tersebut, maka
Allah akan lindungi zuriat kita dari bencana. Bagi ibu yang mengandung,
lazimkan bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Mudah-mudahan syaitan dan
jin tidak dapat masuk untuk menganggu kandungan. Selain itu, cara yang paling
mudah untuk memohon perlindungan dari kejahatan makhluk ialah dengan banyak
bertahlil. Dalam satu hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT
berfirman: “Sesiapa yang menyebut La Ilaha Illallah, maka sesungguhnya dia
telah masuk ke dalam benteng Aku. Sesiapa yang memasuki benteng Aku, maka
nescaya dia akan selamat dari azab kebinasaan.”
[4]. Berakhlak baik dengan makhluk Allah yang lain
[4]. Berakhlak baik dengan makhluk Allah yang lain
Dalam
peristiwa pemuda yang dibunuh jin di atas, Rasulullah SAW menyedarkan kita
bahawa dunia ini turut dihuni oleh makhluk lain. Baginda SAW menyeru agar
umatnya berhati-hati dalam setiap pekerjaan. Jika terserempak dengan ular di
dalam rumah, maka lakukanlah apa yang telah disarankan Baginda SAW.
Sebagai
kesimpulan, pasangan yang menanti kelahiran bayi perlu memohon perlindungan
Allah untuk diri, bayi dan keluarga melalui solat taubat, solat hajat, berdoa
dan bertahlil. Kita juga perlu mengisi waktu terutamanya waktu malam dengan
amalan-amalan yang boleh mengundang rahmat dan keredhaan Allah seperti
bersolat, berzikir, membaca Al Quran dan seumpamanya. Sekiranya rumah kita
dipenuhi dengan lagu-lagu yang melalaikan, atau filem-filem yang mengandungi
unsur khurafat dan tercela, atau aktiviti-aktiviti yang dimurkai Allah, maka
jin dan syaitan mudah masuk dan melakukan kerosakan.
Ikuti Cerita Ini;
Ikuti Cerita Ini;
SEBAGAI
hamba yang mengaku beragama Islam, mempercayai perkara ghaib merupakan bukti
keimanan kita kepada kekuasaan Allah. Justeru,
bayangkan perasaan seorang wanita apabila anak dalam kandungan yang ditunggu
untuk dilahirkan ke dunia tiba-tiba hilang dalam sekelip mata tanpa mengetahui
puncanya.
Mungkin
ada orang yang skeptikal dan beranggapan cerita seperti anak diambil orang
bunian hanya khayalan semata-mata dan tidak masuk akal. Namun,
itulah yang dialami oleh wanita separuh usia, Khadija (bukan nama sebenar), 50,
apabila anak yang dikandungnya selama lapan bulan hilang secara tiba-tiba bila
sampai waktu untuk dilahirkan.
Bercerita
lanjut mengenai kejadian yang menimpanya 25 tahun lalu ketika melahirkan bayi
keduanya, membuatkan hatinya dilanda perasaan sayu dan sebak. Khadija
berkata, sebelum mengandungkan anak keduanya, dia pernah melahirkan bayi
sulung.
"Namun,
Allah lebih sayangkan anak tersebut kerana dia meninggal dalam perut akibat
lemas ketika usia kandungan memasuki lapan bulan. "Setahun
selepas itu saya mendapat khabar gembira kerana disahkan hamil lagi buat kali
kedua.
"Ketika
mengandung anak kedua, saya mengalami alahan teruk seperti mengandung anak
pertama. Saya turut muntah dan mengidam makanan yang pelik," katanya. Tambahnya,
dalam tempoh mengandung, dia juga beberapa kali pergi membuat pemeriksaan di
klinik untuk mengetahui keadaan bayi dalam kandungannya.
"Apabila
membuat pemeriksaan, doktor memberitahu kandungan saya tiada masalah dan bayi
dalam kandungan selamat dan sihat. Semasa
usia kandungan semakin meningkat, saya dapat merasai bayi tersebut
bergerak-gerak dan saya tidak sabar untuk melihat dia lahir ke dunia,"
katanya.
kerana terlalu teruja untuk menimang cahaya mata, dia dan suaminya bersemangat
menyediakan kelengkapan untuk anak mereka yang bakal lahir nanti.
"Namun,
apabila usia kandungan memasuki lapan bulan saya telah mengalami sakit perut
dan tumpah darah serta terpaksa dimasukkan ke hospital lebih awal dari tarikh
yang ditetapkan. Untuk
proses bersalin anak kedua ini, saya perlu menjalani pembedahan kerana
kedudukan anak yang songsang. Setelah
tersedar dari pembedahan, saya terasa seolah dunia gelap seketika apabila
doktor yang merawat saya memberitahu tiada bayi yang wujud dalam kandungan
walaupun imbasan telah dilakukan," katanya.
Ujarnya,
doktor yang merawatnya turut bingung dengan keadaan itu. Selepas beberapa jam
dalam bilik pembedahan perutnya kembali kempis seperti asal. Beliau
berkata, dalam tempoh tersebut dia tidak dapat menerima dan mempercayai
kejadian yang menimpa dirinya kerana dianggap pelik dan tidak masuk akal.
"Hampir
dua bulan saya berada dalam kebingungan dan buntu memikirkan kejadian yang
menimpa. Dalam
tempoh itu, ada kalanya saya menangis dan murung," katanya.
Ujarnya,
lama kelamaan dirinya semakin sihat dan dapat menerima keadaan tersebut sebagai
dugaan dari Allah. Namun
tiada kuasa untuk melawan takdir Allah kerana selang dua tahun selepas itu
Khadija disahkan mengandung.
"Saya
berasa gembira dan beryukur kerana diberi peluang untuk mengandung buat kali ketiga,"
katanya.
Khadija
berkata, kandungannya yang ketiga dan keempat juga menghadapi situasi yang sama
iaitu hilang ketika kandungan berusia lima dan enam bulan. Pernah
apabila kandungannya yang keempat memasuki usia enam bulan Khadija telah
mendapat mimpi yang aneh pada suatu malam.
"Sekitar
pukul empat pagi saya telah mendapat mimpi didatangi oleh tiga orang wanita
muda yang berbaju putih. Wajah mereka sangat cantik dan bersih. Dalam
mimpi tersebut, mereka meminta izin untuk mengambil anak saya tinggal
bersama-sama mereka. Saya
telah merayu kepada mereka supaya tidak mengambilnya, tetapi mereka memberitahu
akan menjaga dia dengan baik di sebuah tempat yang cantik dan indah,"
katanya.
Beliau
berkata, selepas mendapat mimpi tersebut dia tersedar dan mendapati perutnya
telah kempis. "Ketika
itu saya tidak mampu berkata apa-apa, hanya mampu mengejutkan suami dan
menangis," katanya.
Tambahnya,
kerana ingin mendapat kepastian tentang kejadian yang sering menimpanya, dia
menjemput beberapa orang ustaz untuk melihat tapak rumah yang didiami mereka.
"Menurut
maklumat yang diberitahu kepada saya, tapak rumah yang kami tinggal ketika itu
merupakan kawasan kediaman makhluk halus seperti orang bunian. Sebagai
hamba Allah yang beriman saya reda dan percaya dengan kejadian yang menimpa
diri. Sekarang
saya bahagia hidup bersama anak angkat yang dipelihara dari kecil sejak 20
tahun lalu," katanya.
Seorang Ibu Lahirkan Batu Permata;
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan aku kabulkan”- adalah sebuah janji yang mutlak tidak mungkin diingkari oleh Allah SWT. Kerana sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji (QS. Ra’d: 31).
Rasulullah SAW
bersabda;
“Tidak
ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, ada kalanya
disegerakan di dunia, ada kalanya disimpankannya untuknya di akhirat. Dan ada
kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang
ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.
dan
bersabda lagi;
“Nanti
pada hari kiamat Allah SWT akan memperlihatkan setiap doa yang dipanjatkan oleh
setiap orang sewaktu di dunia yang tidak Allah kabulkan, dimana Allah
berfirman: HambaKu, pada suatu hari kamu memanjatkan doa kepadaKu, namun Aku
tahan doamu itu, maka inilah pahala sebagai pengganti doamu itu”. Orang yang
berdoa itu terus menerus diberi pahala sehingga ia berharap kiranya semua
doanya itu hanya dibalas di akhirat saja dan tidak diberikan di dunia”.
dan
bersabda lagi;
Doa
itu adalah ibadah. Kemudian beliau membaca firman Allah SWT (yang ertinya):
“Dan Tuhanmu berfirman: “berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan
masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina”
Dan
bersabda lagi;
Sabda
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Hakim bermaksud "Tidak ditolak
doa di antara azan dan iqamah". Para sahabat bertanya "Apakah yang
harus kami baca ya Rasulullah s.a.w? Rasulullah SAW menjawab" Mintalah
kepada Allah SWT kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat".
Wallahu
a’alam.
source:
utusan
sinarislam by Dr Mahyuddin bin Ismail
No comments:
Post a Comment