Sesungguhnya,
beruntung menjadi seorang isteri kerana diberikan ruang dan peluang yang maha
luas untuk mendapat tempat di syurga. Dosa isteri ditanggung oleh si suami dan
si isteri pula diberikan tempat tinggi di sisi Allah apabila mereka juga
bergelar ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu, begitulah nilai seorang ibu
buat anak-anak.
Rasulullah
SAW bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan
menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:
Maksudnya:
“Apabila seorang perempuan telah
mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan,
memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam
syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.” - (Hadis riwayat
ath-Thabarani)
Rasulullah
SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah r.a bermaksud : "Aku
pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas
isteri ?" Baginda menjawab: "Orang yang paling berhak kepada isteri
ialah suaminya". Kemudian aku
bertanya lagi: "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas
suami?" Baginda menjawab: "Orang yang paling berhak ke atas seorang
suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam
sebuah hadis yang lain pula Baginda SAW bersabda bermaksud :
"Sekiranya
aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya
aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat
Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Antara
sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada
suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke
kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan. Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si
isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah
tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami.
Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.
Jika
ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan
sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya
membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri
termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Seorang
isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab
ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri
yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam
kategori isteri derhaka.
Rasulullah SAW bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh
seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla
selain isteri yang solehah.
Tanda-tanda isteri derhaka kepada suami.
Apakah
ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk
dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut
diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum
wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas
sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan
sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)
Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya
suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana
bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga
harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah SAW:
"Aku lihat api neraka, tidak pernah
aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di
dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah
saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita
mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik
kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa
cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw
bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah
terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah
seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka
berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak,
mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak
bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Pengertian Nusyuz
Nusyuz
bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz
seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap
suaminya.
Antara
perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap
nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:
1- Keluar dari rumah tanpa keizinan
suaminya.
Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk
menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah
kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih
dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.
Jika
seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau
ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal
bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun
dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.
"Apabila perempuan keluar rumah,
sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan
semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia
kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam
al-Awsat)
2- Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.
2- Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.
3- Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah
atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau
bilik.
4- Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami
berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.
5- Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan
keperluannya.
6- Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan
tersebut adalah palsu.
Hukum Nusyuz Dan Kesannya
Para
fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya
adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia
bertaubat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah
Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Apabila suami memanggil isterinya ke
tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat
melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dengan
berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm iaitu hak giliran
bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari seorang isteri yang wajib ditunaikan
oleh suaminya kepada isterinya akan gugur.
Sumber
:
Mufti Brunei
No comments:
Post a Comment