Syiah anggap mutaah ibadat
Perkahwinan
mutaah (kontrak) didakwa sebagai satu ibadat bagi pengikut Syiah kerana mereka
perlu sekali dalam seumur hidup berbuat demikian sebagai tanda menghargai
nikmat ALLAH. Boleh juga dikatakan habis manis, sepah dibuang.
Tak perlu
bertanggungjawab lagi setelah habis kontrak. Lebih mudah jika tidak mempunyai
anak. Masing-masing boleh membawa haluan sendiri, dan mencari mangsa lain pulak
dalam jemaah mereka!. Tidak mustahil seorang lelaki boleh merasa asset yang ada
pada wanita itu sehingga lebih dari 1000 orang, begitu juga sebaliknya. Pendapat
ku, Ia mirip kepada membeli sesuatu barang yang mempunyai jaminan pengeluar (warranty)
satu atau dua tahun. Bila rosak, dibuang dan beli saja yang baru!. Apakah itu
nilai yang ada pada wanita?.
Dalam pegangan
ahli Sunnah wal Jamaah, perkahwinan mutaah diharamkan kerana meletakkan wanita
sebagai mangsa kepada lelaki. Wanita tidak boleh diambil kesempatan oleh lelaki
yang tidak bertanggungjawab. Syiah menunjukkan martabat wanita dipandang rendah
dan dipermainkan. Ia akan memberikan kesan kepada wanita itu sendiri dan
persepsi pandangan masyarakat kepada Islam.
Syiah makin
berani kerana orang Islam semakin jauh daripada agama. Orang Islam perlu
mendalami Islam supaya tidak menjadi mangsa Syiah. Ibu bapa perlu mendidik
anak- anak mengenai bahaya ajaran Syiah supaya mereka tidak mudah dipengaruhi
ajaran itu yang semakin agresif meluaskan pengaruh mutakhir ini.
golongan profesional
Pengikut
fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang telah dikenal pasti 3000 orang.
Keseluruhan pengikut fahaman ini di Malaysia seperti yang didakwa berjumlah
300,000 orang, kebanyakan terdiri daripada golongan profesional. 30 peratus
daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita berumur antara 20-an
hingga 50-an. Kebanyakan pengikut Syiah
bukan penduduk kampung biasa malah daripada golongan profesional antaranya
guru, pensyarah dan ahli akademik. Kata Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan.
Pengikut Syiah semakin berani
Majlis Fatwa
Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah
aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah
tidak diterima di negara ini. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul
Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam
Beberapa laman
sosial dengan berani mengakui diri mereka pengikut ajaran Syiah dan
memburuk-burukkan mazhab lain. Sebuah laman sosial yang menggelarkan diri
mereka ‘I'm Proud To Be Syiah’ mendakwa laman sosial itu milik mazhab Syiah
Imamiyah di Malaysia.
Penubuhan
laman sosial itu bertujuan menjawab persoalan yang dibangkitkan pengikut Ahlul
Sunnah Wal Jamaah. Tidak kurang juga beberapa laman web khas untuk pengikut
Syiah ditubuhkan kononnya untuk menjawab segala kemusykilan berhubung fahaman
itu.
Nikah mutaah tak hormati wanita
Nikah mutaah
yang diamalkan dalam ajaran Syiah jelas tidak menghormati kaum wanita juga
hak-hak mereka dalam perkahwinan. Sedangkan dalam perkahwinan, suami perlu
bertanggungjawab kepada isteri, bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu saja.
Allah
berfirman;
Surah At-Talaq: (ayat 1)
Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak
menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka
dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta
bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari
rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan)
mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang
nyata dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya)
dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia
telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau
tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara
(yang lain).
Allah berfirman lagi;
Surah An Nisa’: (ayat 19)
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu
mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti
mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil
balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila)
mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka
(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai)
benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak
menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)”.
Selain itu konsep
nikah mutaah yang membolehkan perceraian berlaku selepas tempoh ditetapkan
tanpa lafaz melainkan hanya apabila sampai tempoh yang dijanjikan, juga
seolah-olah memandang remeh institusi perkahwinan.
Perkahwinan
adalah tanggungjawab bersama setiap pasangan. Mereka perlu memastikan
perkahwinan dibina berkekalan. Setiap wanita perlu menyelidiki latar belakang
calon suami sebelum berkahwin.
Bagi seorang
isteri, suami adalah masa depannya. Jadi, penting bagi mereka kenal calon suami
agar tidak terjebak dengan perkahwinan mutaah.
Rasulullah haramkan mutaah
Perkahwinan
mutaah oleh pengikut ajaran Syiah berlaku atas alasan menghindari zina,
sebaliknya perkahwinan sebegitu diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW terhadap
umatnya.
"Nikah
mutaah adalah harus di sisi Mazhab Ja’fariyyah (Syi’ah). Manakala fuqaha’ ahli
sunnah sepakat mengatakan nikah mutaah adalah haram dan batil. Pada zaman awal
Islam, Rasulullah SAW membenarkan nikah mutaah kerana ia merupakan satu
kebiasaan masyarakat zaman jahiliah ketika itu.
Kemudian ia
diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah
di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan nikah mutaah secara mutlak
sehingga hari Kiamat.
Justeru, hukum
muktamad nikah mutaah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para
sahabat dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam daripada semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali,
Maliki dan Hanafi.
No comments:
Post a Comment