“Isteri-isteri
kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu
menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri
kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang beriman”.
(Surah
Al-Baqara Ayat: 223)
“Your women are a tilth for you (to cultivate) so go to
your tilth as ye will, and send (good deeds) before you for your souls, and fear
Allah, and know that ye will (one day) meet Him. Give glad tidings to
believers, (O Muhammad)”. (223)
Islam adalah
agama yang komprehensif (menyeluruh), dimana meliputi seluruh aspek kehidupan
manusia, bermula dari politik, ekonomi, sosial hinggalah kepada masalah
hubungan suami-isteri. Termasuklah soal oral seks yang diperkatakan ini.
Ayat di atas
menunjukkan betapa Islam menggariskan jima/bersetubuh sebagai sesuatu yang penting
dalam menzahirkan zuriat dan memelihara nasab. Ada garis panduan yang harus diikuti
samada harus atau haram.
Menurut para
ahli seksologi Barat, oral seks biasanya dilakukan sebagai rangsangan. Namun,
banyak yang mushkil apakah pandangan aktiviti ini dari pandangan Islam?
Mengenai hal
ini, beberapa ulama berpendapat dan menurut Prof. Dr. Ali Al Jumu’ah dan Dr.
Sabri Abdur Rauf (Ahli Fiqih Univ. Al Azhar), oral seks boleh dilakukan oleh
pasangan suami isteri jika aktiviti itu sememangnya diperlukan untuk mendatangkan
keghairahan dan kepuasan dalam berhubungan.
Pendapat sama
juga dipersetujui oleh Sheikh Muhammad Ali Al-Hanooti, mufti dalam
Islamawarness.net. Beliau mengatakan, bahwa oral seks diperbolehkan dalam
Islam, menurutnya, bahwa yang diharamkan bersetubuh dengan isteri hanya 3 sebab,
iaitu; (1) Melalui Duburnya, (2) Isteri dalam keadaan Haid, (3) Isteri dalam
keadaan Nifas (lepas kelahiran) dan selain dari 3 perkara itu, hukumnya halal.
Namun, ada
juga sebahagian ulama yang beranggapan bahwa oral seks hukumnya haram.
Contohnya seperti mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah
Ahmad bin Yahya An-Najmi, ia berpendapat bahwa isteri menghisap terhadap zakar
suaminya (oral seks) adalah haram, kerana zakar akan mengeluarkan mazi. Para
ulama telah bersepakat, bahwa mazi adalah najis. Jika ia masuk ke dalam perut,
boleh menyebabkan penyakit.
Adapun Syeikh
Yusuf al-Qaradhawi memberi fatwa bahwa, oral seks selagi tidak menelan air mazi yang keluar
adalah makruh. Kerana hal yang demikian adalah salah satu bentuk kezaliman (di
luar kewajaran dalam berhubungan).
Apa pula
pendapat anda? Teringin ke? Apapun tepuk paha tanya awang tu... oraitke?
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment