KUALA LUMPUR:
Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee pada Khamis mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan
mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan
gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Pertuduhan
terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama
penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagi
pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan
menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan
https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen
yangbertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak,
menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.
Pasangan itu
didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai
lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.
Mereka didakwa
mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Baca seterusnya
klik sini.
Dulu heboh cilanat 2 ekor ni muat naik gambar tak senonoh di laman YouTube:
No comments:
Post a Comment