Beijing:
Sepasang kekasih muda China bergaduh dengan menanggalkan pakaian dan berbogel
di tengah jalan raya yang sibuk, semalam.
Sambil berdiri
di tengah jalan dan menjerit ke arah satu sama lain si lelaki bertindak
menanggalkan pakaian terlebih dulu sebelum diikuti teman wanitanya.
Insiden
memalukan itu berlaku di jalan raya di Dongguan, wilayah Guangdong. Yang
peliknya, pengguna jalan raya dan orang yang lalu lalang di situ tidak
mempedulikan kelakuan mereka walaupun wanita terbabit bertelanjang bulat di
tengah jalan. Saksi, Jiang Dayu sempat merakam aksi pasangan berkenaan dengan
menggunakan telefon bimbitnya. “Pasangan itu mula bergaduh di tepi jalan
sebelum beralih ke tengah jalan.
“Mereka tidak
mengendahkan kesesakan jalan raya walaupun pemandu membunyikan hon dan terpaksa
mengelak daripada melanggar mereka,” katanya.
Walaupun
pergaduhan agak sengit, tetapi pasangan terbabit akhirnya berdamai dan saling
berpelukan sebelum beredar dari tempat itu.
Wanita
terbabit dilihat masih tidak berpakaian ketika meninggalkan tempat berkenaan. -
Agensi
No comments:
Post a Comment