Hari Kiamat
adalah kepastian. Tidak hanya Islam yang meyakini hari akhir, tetapi juga
beberapa agama lain. Kiamat akan selalu ditandai dengan beberapa peristiwa
menjelang hari kehancuran alam semesta tersebut. Akhir zaman seringkali
digambarkan sebagai suatu masa yang diwarnai oleh kesusahan, peperangan dan
konflik kemanusiaan sehingga datangnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa yang
akan membunuh Dajjal. Ini tanda-tanda kiamat yang dipercaya oleh kaum Yahudi
dan Syiah.
Menurut Kepercayaan Yahudi
Menurut
tradisi Yahudi, mereka yang hidup pada akhir zaman akan menyaksikan:
[1].
Dikumpulkannya orang-orang Yahudi di pembuangan ke Israel yang ada secara
geografi.
[2].
Dikalahkannya semua musuh Israel.
[3].
Pembangunan Kenisah di Yerusalem dan dihidupkan semula persembahan korban dan
ibadah di Kenisah,
[4].
Kebangkitan orang mati (techiat hameitim)
[5]. Pada
suatu ketika, Mesias Yahudi akan menjadi Raja Israel. Dia akan memisah-misahkan
orang-orang Yahudi di Israel menurut bahagian-bahagian wilayah sukunya yang
asli di negera Israel. Pada masa ini, Gog, raja Magog, akan menyerang Israel.
Siapa Gog dan
negara Magog itu tidak diketahui. Magog akan bertempur dalam suatu pertempuran
hebat, yang mengakibatkan jumlah korban yang besar di kedua-dua belah pihak,
tetapi Allah akan ikut campur dan menyelamatkan orang-orang Yahudi.
Ini adalah
pertempuran yang dirujuk sebagai Armagedon. Setelah memusnahkan musuh-musuh
yang terkini ini untuk selama-lamanya, Tuhan umat Yahudi akan mengusir semua
kejahatan dari kewujudan manusia. Selepas tahun 6000 (dalam kalendar Yahudi),
milenium ketujuh adalah masa kesucian, ketenangan, kehidupan rohani, dan
keamanan di seluruh dunia, yang disebut sebagai Olam Haba (Dunia Masa Depan).
Ketika itu semua umat Yahudi akan mengenal Tuhan secara langsung.
Menurut Ajaran Sesat Syiah
Majoriti ulama
Syiah bersepakat akan butiran kejadian-kejadian yang akan berlaku pada
hari-hari terakhir:
[1]. Dajjal
akan mendakwa dirinya sebagai penyelamat umat manusia dan bangsa-bangsa dari
semua agama akan bersatu di bawah agamanya.
[2]. Akan
terjadi pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Syiah di Iraq (sekitar sungai
Eufrat) dan untuk setiap mereka akan disediakan hadiah wang, walaupun mereka
bukan penjahat.
[3]. Akan
berlaku pemberontakan oleh seorang "Yamani" yang akan dikalahkan
dalam usahanya itu.
[4]. Imam
Mahdi akan muncul kembali dan menyampaikan khutbahnya di Kaabah dan akan
mengumpulkan pasukan dengan 313 jeneral dan ribuan pengikut untuk mengalahkan
Dajjal.
[5]. Seseorang
yang bernama "Sufyani" (agamanya tidak disebutkan, walaupun dia
adalah keturunan dari dinasti Ummayyah yang telah berpecah dan keturunannya
kemungkinan tersebar di Levant dan Sepanyol atau Marokko selama 12 abad
terakhir), akan mengetuai pasukan-pasukan dari Syria melintasi Iraq ke Arab
untuk mengalahkan pasukan-pasukan Mahdi bersama-sama dengan sekutu-sekutunya.
[6]. Imam
Mahdi akan mendirikan kembali Islam yang sejati dan dunia akan mencari keamanan
dan ketenangan.
[7]. Imam
Mahdi akan berkuasa untuk suatu masa.
[8].
Kebangkitan manusia akan bermula, sementara itu hari penghakiman akan bermula.
Diterjemahkan
dari sumber islampos
No comments:
Post a Comment