Iklan Hari
Raya Petronas sentiasa menjadi perhatian dan ditunggu-tunggu setiap tahun oleh
masyarakat kerana sering membawa mesej yang menyentuh perasaan.
Antara iklan
Hari Raya Petronas yang pernah diarahkan allahyarham Yasmin Ahmad ialah Janda
Anak Tujuh, Ombak Jahat, Burung Apa dan Aku Ingin Pulang yang sarat dengan
kisah mengenai kekeluargaan.
Kali ini, Iklan
yang mengisahkan seorang ibu yang bekerja sebagai tukang jahit menerima tempahan
baju sempena sambutan Hari Raya, sanggup bersengkang mata demi mengumpul duit untuk
pengajian anaknya dan dalam masa yang sama tidak mahu menghampakan
pelanggannya.
Tema 'Kudrat
Membawa Berkat', Petronas turut menyelit semangat kejiranan muhibah antara
Makcik Aishah (tukang jahit) dan seorang tauke kedai berbangsa Cina yang
membantunya dan menasihati supaya menjaga kesihatan..
Antara
pengajaran yang boleh dikutip;
-Bersyukur dengan apa yang ada,
-Doa ibu, doa
paling mustajab,
-Rezeki jangan
ditolak,
-Jangan
hampakan harapan orang,
-Kesilapan itu
kekadang membawa rahmat,
-Orang lama
pun kreatif juga,
-Walau sesibuk manapun kita, seruah Ilahi jangan dilupa,
-Walau sesibuk manapun kita, seruah Ilahi jangan dilupa,
-Rezeki itu
Allah yang tentukan,
-kasih ibu
sepanjang hayat, dan paling penting;
-Manis jika
pandai menjaga aurat..
Jom lihat
paparan menarik ini..
No comments:
Post a Comment