Wednesday, July 3, 2013

Angin Yang Bertiup Dari Manchester United

Rooney bersama anaknya Khai
Yorke terkejut Rooney dicemuh peminat

BEKAS pemain tengah Manchester United, Dwight Yorke terkejut dengan layanan segelintir penyokong The Red Devils yang mencemuh Wayne Rooney ketika meraikan kemenangan liga kali ke-20, baru-baru ini.

Ini kerana, Rooney meluahkan hasrat untuk berhijrah ke pasukan lain pada musim panas ini.

"Saya tergamam bila mendengar khabar Wayne ingin meninggalkan kelab atau minta dipindahkan ke pasukan lain. Itu memang saya tidak boleh terima.

"Namun, mengenangkan jasa beliau yang dicurahkan sejak sembilan tahun lalu di Old Trafford dan membawa banyak kejuaraan, saya fikir itu adalah haknya.

"Cuma, saya ingatkan peminat supaya bertenang memandangkan Ronney masih pemain United," katanya.

Sementara itu, Yorke berharap David Moyes  yang bakal menggantikan peranan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus dapat memujuk Rooney untuk terus kekal sebagai pemain United.


United mahu rekrut Cesc Fabregas
Cesc Fabregas

Manchester United mahu merekrut bintang Barcelona, Cesc Fabregas menjelang pintu perpindahan pemain sepanjang msuim panas ini.

Fabregas dianggap calon tepat di bawa ke Old trafford memandangkan jentera tengah United kurang berbisa sepanjang saingan liga yang lalu.

Malah, keputusan Paul Scholes yang gantung but musim ini dan prestasi kurang memberangsangkan dipamerkan Nani dan Ashley Young meresahkan pengurus barunya, David Moyes.

Moyes juga dijangka melepaskan Anderson dan Nani ke kelab lain.

Bagi Fabregas, kegagalan bersaing merebut posisi tengah di Barca kerana kerap dibayangi Xavi Hernandez antara penyebab beliau ingin cuba angin baru.

Dilaporkan, Barca sedia menjual bekas pemain Arsenal itu dengan harga bidaan kira-kira RM115 juta.

Selain Fabregas, Moyes memburu  Marouane Fellaini dan  Thiago Alcantara bagi diserapkan dalam kem The Red Devils dan berkemungkinan kehilangan  Wayne Rooney yang sedia meninggalkan Kota Manchester.


Thaigo bersama Isco
Thiago, Isco ke Manchester

KAPTEN skuad bawah 21 Sepanyol, Thiago Alcantara dikatakan bersetuju secara lisan untuk menyarung jersi Manchester United, musim depan.

Bahkan laporan turut menyatakan bahawa United bersetuju membayar RM84 juta untuk mendapatkan khidmat Thaigo dengan gaji berjumlah RM24 juta setahun.

Sementara itu, Isco semakin hampir menyatakan persetujuan untuk mewakili Manchester City.

Dia yang turut menjadi rebutan Real Madrid, berkemungkinan besar menerima tawaran berkenaan untuk bersama bekas jurulatihnya, Manuel Pellegrini yang kini mengemudi City.

United sanggup gandakan gaji
Lewandowski

Manchester United dilihat bersungguh-sungguh bagi mendapatkan khidmat Robert Lewandowski apabila sanggup membayar dua kali ganda gaji diterima pemain itu di Borussia Dortmund.

Ketika ini, Lewandowski terima RM197,000 seminggu dan jika United dan Dortmund mencapai kata sepakat, gajinya akan dinaikkan sebanyak RM444,000 seminggu.

Begitu pun, hasrat United barangkali sukar memandangkan Dortmund baru kehilangan  Mario Goetze  yang memilih bergabung bersama kelab Bayern Munich dan sudah tentu enggan melepaskan Lewandowski yang masih berbaki setahun kontrak.

Menurut Lewandowski, dia gembira berada di Jerman, tetapi akui hanya waktu menentukan masa depannya untuk kelab yang berpangkalan di Westfalenstadion itu.

"Saya harap situasi akan berubah dan tidak kesal apa-apa pun (penghijrahan)," katanya.


NANI berhasrat tinggalkan United
United tolak pinangan Galatasaray

Manchester United menolak pinangan kelab Turki, Galatasaray bagi menyunting Nani menjelang saingan musim baru liga negara itu pada Ogos depan.

Nani yang kerap memanaskan bangku simpanan pada musim lalu akibat kecederaan meluahkan hasrat untuk keluar dari Old Trafford.

Pengerusi kelab Galatasaray, Unal Aysal berkata, pihaknya menawarkan RM29 juta tetapi ditolak mentah-mentah oleh United.

"Mereka inginkan RM41 juta dan kami tidak boleh beri lebih daripada jumlah berkenaan," katanya.


Kagawa tak puas

Kagawa tekad baiki prestasi diri
SHINJI Kagawa mengakui persembahannya bersama pasukan Manchester United sepanjang musim lalu belum cukup memuaskan hatinya.

Kini, bintang kelahiran Jepun itu tekad memperbaiki diri dan pamer aksi lebih bertenaga selepas ini.

"Saya kurang senang tahap permainan untuk pasukan. Saya gagal mencetak banyak jaringan dan dilanda kecederaan lutut.

"Banyak perkara sulit dilalui musim lalu dan banyak impian gagal dipenuhi.

"Meskipun kami memenangi liga tetapi saya berpendapat itu bukan musim terbaik United," katanya.

Sejak menyertai United daripada Borussia Dortmund, Kagawa hanya sempat meledak enam gol dalam 26 penampilan.


Thiago Alcantara
Moyes buru Thiago

PENGURUS baru Manchester United, David Moyes meningkatkan bidaan bagi membawa pemain tengah Barcelona, Thiago Alcantara ke Old Trafford, musim panas ini.

Moyes dilaporkan bersedia membayar £15 juta (RM68 juta) untuk pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu.

Thiago masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Nou Camp namun bersedia meninggalkan kelab Catalan itu selepas gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sumber di Nou Camp mendedahkan, Thiago kurang gembira di Barca kerana jarang diturunkan.

"Thiago bukan pemain kegemaran Tito Vilanova. Dia sering disisihkan selain terpaksa bersaing dengan Cesc Fabregas dan Alex Song.

"Situasi itu membuatkannya kecewa dan memikirkan cadangan menyertai pasukan lain," katanya.

Selain United, Borussia Dortmund dan Manchester City turut berminat mendapatkan khidmat Thiago.

@go MU go...

No comments:

Post a Comment