Saturday, June 1, 2013

Pengajaran dan Hikmah Peristiwa Israk dan Mikraj



Pada Khamis ini, yang jatuh pada Jun 6, seluruh Umat Islam akan menyambut satu hari kebesaran dalam kalendar Islam, iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap tahun Umat Islam sering diperingati tentang kisah ini walaupun peristiwa ini berlaku lebih 1,400 tahun yang lalu.. Perkara ini termasuk dalam Rukun Iman, iaitu perkara yang Sam’iyyat (ghaib).

" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136).

Kenapa peristiwa ini sering diperingati pada setiap tahun, malah ada juga yang telah mengetahuinya? Tujuannya adalah untuk memberikan peringatan kepada seluruh umat manusia. Kerana sudah menjadi tabi’ manusia yang sering kali lupa dan lalai dengan duniawi dan lupa tentang kekuasaan dan kebesaran Allah. Hikmah kepada peristiwa ini adalah untuk memperingati umat manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dititipkan sedikit info untuk pengetahuan kita semua semoga beroleh keredhoan dari Allah jua.


Peristiwa Israk dan Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini.(al Quran:53:13-18)

Nabi juga 'dibedah' untuk kali ketiga. Sebelum ini, semasa kanak-kanak, baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah dan ketika baginda berumur 18 tahun.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat.

Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ. Wajah Nabi Ibrahim iras wajahnya.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Israk mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.

Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Israk berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Baitullaham, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).

Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Juga Pemerintah yang menzalimi rakyatnya.

Gambaran umat yang terlalu mencintai kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula. Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.

Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khabar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.

Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

Sila ambil masa untuk mendengar Apakah Rahsia dan Hikmahnya Peristiwa Israk dan Mikraj itu...
 
Ustaz TM Fouzy - Pengajaran & Hikmah Peristiwa Israk & Mikraj



Perbezaan antara hati dan jantung!

“Hati akan berhenti apabila kita begerak, Hati akan berjalan apabila
tubuh kita berhenti” Itu lah hati.

“Jantung akan berjalan bila kita berhenti,  Apabila kita berjalan, jantung pun ikut berjalan, Tapi bila jantung berhenti, kita jalan..”.
- Ustaz Ismail Kamus.

Ustaz Ismail Kamus - Israk Mikraj, Ikuti Ceramahnya Disini


No comments:

Post a Comment