Tak sangka lah pulak.. dah memang dasar penipu!
Ikuti laporan besar-besaran di muka depan utusan kata 10 model kereta turun harga.
Tertanyalah juga.. kemanakah hilangnya etika kewartawanan mereka ini!
ikuti pendedahan itu..
Harga kereta turun: Laporan Utusan tipu, kata PKR
KUALA LUMPUR: Penafian oleh syarikat
pengeluar kereta terhadap laporan Utusan kononnya berlaku penurunan harga
kereta oleh kerajaan BN, memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik
Ahmad.
Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan
betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen
#TurunkanHargaKereta Pakatan.
"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan
penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan
rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita
Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid
juga tidak benar.
"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika
dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya
untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini
kononnya kerajaan BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus
sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto.
Menurut beliau lagi, apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen
#TurunkanHargaKereta, Umno BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya
di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi pembuat kereta tempatan dan
kehilangan hasil kerajaan.
Namun katanya, hujah itu dengan mudah dijawab Pakatan dengan penjelasan
bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk semua
pembuat kereta.
Kemudiannya, selepas manifesto Pakatan dilancarkan, Umno BN pula meniru
dengan menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad
menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20
hingga 30 peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional.
Tetapi kata Nik Nazmi, kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana
mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais,
dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa Mohamed
menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan ‘bersandarkan kuasa pasaran’.
"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia di
samping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini," Katanya.
No comments:
Post a Comment