Tuesday, June 25, 2013

Umat Islam Sedang Tertindas dan Menderita: TANZANIA

PENINDASAN KE ATAS UMAT ISLAM MINORITI SELURUH DUNIA

  




TANZANIA: Tekanan Tidak Dapat Menghentikan Kebangkitan Kesedaran Islam

Umat Islam tiba di Tanzania yang terletak tengah-tenggara Afrika melalui sub-benua India. Kesan daripada aktiviti-aktiviti dakwah, masyarakat tempatannya telah meninggalkan gaya hidup kafir dan lalu memeluk agama Islam. Agama Islam dianuti oleh kira-kira 120 buah suku kaum di Tanzania.

Walaupun lebih separuh daripada masyarakatnya beragama Islam (dalam 55 peratus), umat Islam masih dilayan seperti puak minoriti. Masyarakat Kristian yang menjadi minoriti memegang tampuk pemerintahan. Umat Islam mewakili lebih dari separuh populasi Tanzania, namun negara ini masih digambarkan sebagai separuh Kristian dan separuh "agama tempatan."


9 juta umat Islam sedang berhadapan dengan polisi sistematik Kritianisasi. Para pelajar sekolah menengah yang gagal mengamalkan ajaran Kristian akan disingkirkan. Dengan cara yang sama, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan Islam adalah dilarang, begitu juga dengan penyebaran Islam. Kerajaan juga turut mengharamkan bahasa Arab dan menunaikan haji. Walaupun kerajaan Tanzania melakukan polisi-polisi sedemikian, jumlah umat Islam di sana terus meningkat setiap hari.

Salah satu daripada polisi kerajaan yang bermatlamat untuk mengkristiankan masyarakat adalah dengan menubuhkan sistem kepercayaan Islam/Kristian di bawah nama Pergerakan Pembaharuan Islam.

Rakyat adalah alat, dan sebagai sebahagian daripada polisi ini, mereka diberitahu supaya tidak perlu mengamalkan asas-asas Islam dengan begitu banyak.  Mereka yang menentang kepercayaan yang mengelirukan ini akan dipenjara, atau dibunuh, atau dihalau keluar dari negara.


Rejim Kristian di Tanzania melakukan kezaliman melampau bagi menentang masyarakat Islam majoriti. Satu-satunya sebab terjadinya pergaduhan seperti yang ditunjukkan adalah kerana mereka beragama Islam. Beberapa orang telah diserang polis kerana mereka memiliki Al-Quran di dalam kereta ataupun kerana melakukan solat berjemaah.

Orang muda yang mahu mempelajari agama telah dihalang. Menyebarkan Islam, mempelajari bahasa Arab dan pergi menunaikan Haji adalah diharamkan di Tanzania, walaupun jumlah umat Islam di sana semakin bertambah setiap hari.

Anda Mungkin Juga Meminati:



No comments:

Post a Comment