Tuesday, June 25, 2013

Timbalan Pengarah lagi POWER Dari Menteri!




Yang mana satu nak ikut neh! Pening juga dibuatnya..

Apabila bencana jerebu melanggar bumi Malaysia, Menteri arahkan supaya Sekolah ditutup, hairan juga, kenapa pula Hanya Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor mengarahkan supaya sekolah dibuka semula pada Selasa, 25 Jun, kecuali di Klang?. Menurutnya, keputusan tersebut dicapai hasil mesyuarat dengan pegawai sektor dan jabatan!.

Malaysia ada seramai 32 Pak Menteri untuk 28 juta rakyat Malaysia (jumlah tak termasuk Timbalan). Di Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi saja ada 4 orang. Menteri I, Menteri II, Timbalan I dan Timbalan II serta ada 4 KSU. Kenapa pula sorang pun tak bukak mulut. Ini melibatkan keselamatan kesemua Murid-murid seramai 5,214,261 dan Guru-guru 418,146 orang. 

..Dulu sebelum PRU berebut nak buat kenyataan itu.. ini. Sekarang dah abis modal kot!


Hanya sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang ditutup esok

SHAH ALAM 24 Jun - Hanya sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang ditutup esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lokasi itu mencatat bacaan 319 melebihi tahap berbahaya sehingga petang ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, penutupan itu membabitkan 93 buah sekolah rendah dan 38 buah sekolah menengah di kawasan terbabit.

Menurutnya, keputusan tersebut dicapai hasil mesyuarat dengan pegawai sektor dan jabatan.

Sekolah-sekolah lain di negeri ini dibuka dan pelajar serta guru boleh pergi ke sekolah seperti biasa," katanya. - UTUSAN


Ini pula notis dari;

Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia



Laporan Berita Dari TV3

Perkembangan jerebu juga menyaksikan seluruh sekolah di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur diarah ditutup.

Manakala di Johor selain Muar dan Ledang, sekolah turut diarah ditutup di Batu Pahat, Segamat dan Kluang selain Kuantan di Pahang.

Secara keseluruhan 613 sekolah di 5 buah daerah terjejas telah diarah tutup.
Angka itu membabitkan lebih 250,000 pelajar.

386 sekolah melibatkan lebih 160,000 pelajar di  Muar, Ledang dan Batu Pahat diarah terus bercuti sehingga keadaan kembali pulih. 

Kluang, 117 sekolah dengan lebih 54,000 pelajar, manakala di Segamat pula, membabitkan 110 sekolah membabitkan hampir 40,000 pelajar.

Di Melaka keputusan dibuat untuk menutup operasi semua 313 sekolah di seluruh negeri itu dibuat Ketua Menterinya, Datuk Idris Haron.

Arahan turut membabitkan institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta.

Tambahnya, 60,000 topeng muka mula diedarkan di seluruh Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan Daerah dan Negeri.

Di Kuantan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob juga mengarahkan semua sekolah di daerah itu dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.

Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah Kuantan.

Sementara itu penutupan sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur dibuat selepas mengambil kira keadaan mutu udara yang semakin buruk sehingga jam 5 petang tadi.



No comments:

Post a Comment